Gegendang telinga bengkak dan bernanah : Punca dan rawatan

Doc, sakit bah telinga saya sudah 3 hari!

Seorang wanita berumur 30 tahun datang ke klinik, mengadu sakit telinga sebelah kanan selama 3 hari. Sakitnya berdenyut-denyut sehingga beliau tidak dapat tidur malam dan ia juga bertambah teruk apabila beliau berbaring mengiring sebelah kanan dengan telinga tertekan di atas bantal.

Beliau juga mengadu sedikit demam, tetapi tidak ada pening, tiada cecair dan darah yang keluar dari telinga, tiada bunyi berdesing dan telinga kiri beliau tidak rasa sakit.

Bila telinga kanan beliau diperiksa menggunakan otoscope, kita boleh lihat yang telinga kanan beliau membengkak (inflamed), ada benjolan pada gegendang telinga dan terdapat pengumpulan cecair nanah di dalam telinga tengah.

Telinga sakit
Terdapat benjolan pada gegendang telinga dan pengumpulan cecair nanah pada bahagian telinga tengah.

Ini adalah keadaan yang biasa dijumpai untuk mereka yang mengalami jangkitan kuman pada gegendang telinga dan telinga tengah. Apabila berjumpa dengan doktor, pesakit akan diberikan ubat antibiotik dan ubat tahan sakit untuk merawat jangkitan tersebut. Peroses penyembuhan mungkin mengambil masa beberapa hari untuk sembuh.

Jika keadaan tersebut tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan gegendang telinga pecah dan berlubang. Dalam tempoh jangkamasa panjang, ia akan menyebabkan pesakit akan mengalami gangguan pendengaran akibat gegendang telinga yang bocor.

Gegendang telinga yang normal adalah seperti dalam gambar ini yang mana ia adalah gambar gegendang telinga kiri pesakit.

Gegendang telinga kiri
Gegendang telinga kiri yang normal

#kliniksabah

56 thoughts on “Gegendang telinga bengkak dan bernanah : Punca dan rawatan”

  1. Macam mana kalau pegi klinik lpastu dapat ubat nthen …bila makan ubat telinga jadi kebas dan sakit….Adakah itu kesan positif atau negatif

    1. Tak pasti. Mungkin perlu berjumpa dengan doktor semula untuk cek samada ia semakin bagus atau tidak.

  2. Sy rase telinga sy mungkin ade bengkak mcm ini cuma tak teruk sampai mengganggu tidur..telinga kanan rase sakit apabila mengunyah dan kurang pendengaran sejak pagi semalam..Hari ini sakit berkurangan tp pendengaran masih kurang mcm semalam..boleh ke bengkak dalam telinga ini sembuh sendiri doktor?..perlukah sy berjumpa doktor?..baru 2 hari simptom..

    1. Hello Hazwan,
      Adalah lebih baik untuk pergi ke klinik dan cek dengan doktor supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.

      1. Cara cuci nanah dlm telinga sedri boleh Ker doktor..tau cam mana..Harini 3 hari saya ..tpi oke dah boleh tdow MLM tdix walau skjap dapat lelapkan mata..saya rasa pagi ni telinga saya mcm penuh dgan nanah

  3. Kalau telinga saya dah tidak ada lagi sakit,kenapa pendengaran saya terhad?….

    1. Mungkin akibat jangkitan kuman sebelum ini, ada bahagian dalam telinga yang rosak dan mengganggu pendengaran.

  4. Assalamualaikum wbt.. Dr, nak tanya.. Saya sakit telinga sebelah kanan berdenyut2. Saya dah pi klinik dan Dr bagi ubat tahan sakit. Bila makan, ok sat. Pastu, sakit semula.. Dr tersebut mta saya tgk seminggu camana.. tapi, saya rasa tak tahan dah. Perlukah saya pi klinik ENT?

  5. hi doc ay mengalami telinga kanan bengkak, dan sudah pegi klinik, doc bg ubat surut bgkak dan titis, tp sy masih tidak thn menganggu tido sy, sy pegi ke hos kerjaan, check gendang bocor dan jankitan kuman, doc bg ubat thn skt antiobiotik, sy pulang ke rumah sakit tidak berkurangan, dan sampai demam, doc sudah bg surat pakar ent tp lusa bru boleh jumpa, sekarang sy sudah tidak thn lg…

    1. Kalau tidak tahan mungkin bagus untuk jumpa dengan doktor di hospital swasta yang berdekatan untuk berjumpa dengan doktor pakar.

  6. Saya punya teliga dh nak Masuk hari yang ke5 sakit dan bengkak di dalam ni..mula mula dia bernanah lepas bernanah je terus datang sakit dan bengkak.. Tak dapat nak menahan sakit nya lagi….

    1. Adalah lebih baik untuk anda berjumpa semula dengan doktor untuk diperiksa semula keadaan telinga untuk rawatan lanjut.

  7. hi dr,mcm mna nk hadpi telinga sakit,mengangu tidur sy,hri rsa sakit dh hilng tp rsa mcm bengkak kt dalam,ad cecair keluar xbyk tp tdi je skrg xde dh,sy ssh nk mkn n ad dmam sikit,hari tu dah skit skli dh jumpa DR,DR ckp jngkitan kuman n dya bg ubat je,skrg bleh ambik je ke

    1. Hello Zaihan. Ya, buat masa ini hanya perlu makan ubat utk masalah telinga tersebut. Jika ia tidak sembuh, mungkin bagus berjumpa semula dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

  8. Hi dr ,nak tanya klu warga emas telinga bernanah ada tak peluang untuk sembuh dan dimana sy boleh dapat kan ubat utuk hilangkan nanah telinga .

    1. Hello Nelly. Ya, nanah dari dalam telinga perlu dirawat selepas mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor. Ubat akan diberi mengikut apa masalah yg berlaku di dalam telinga.

  9. hai dr sya ada masalah sakit telinga belah kiri , sakit mcm berdenyut n menyucuk ,, pendengaran pun kurang jelas .. rasa bengang … tapi semalam saya dh pergi klinik jumpa dr .. dr cakap ada nanah tapi bahgian dalam dah cuci pun tapi masih x keluar ,, dr bg ubat titis,antibiotik dan surut bengkak tp still tkda perubahan apa .. minggu depan kena refer semula gn dr .. saya nak tanya adakah ini normal bg keadaan sakit atau serius ?

    1. Hello Aishah. Jika masalah berterusan, mungkin bagus untuk berjumpa semula dengan doktor lebih cepat. Boleh minta doktor tu utk buat swab telinga juga untuk pastikan apakah kuman yang masih ada di dalam telinga supaya kita boleh berikan ubat yang sesuai.

      1. Salam, Dr saya mengalami sakit telinga berair dan gatal hampir 6tahun.. Tidak terlalu sakit tapi adakalanya cecair spt nanah keluar ketika tidur dan bekerja mengakibatkan stress. Telah beberapa kali mencuba candid clotrimazole tp masih tak berjaya.. Soalannya boleh ke ia sembuh sendiri dan perlukah guna cotton bud utk mengeluarkan cecair tersebut

        1. Waalaikum salam. Adalah lebih baik untuk berjumpa dengan doktor di klinik dan buat ear swab C&S untuk tau apakah kuman yang menyebabkan jangkitan tidak surut. Baru kita boleh berikan antibiotik yang sesuai.

    1. Worst case senario ialah:
      1. Jangkitan boleh merebak ke otak dan menyebabkan keradangan selaput otak.
      2. Walaupun sudah sembuh, untuk jangka panjang, mungkin boleh dapat kehilangan pendengaran pada telinga yang terlibat.

  10. Salam doc. Saya berumur 49 tahun. Baru baru ini gegendang telinga saya ada sedikit berlubang. Saya juga sudah berjumpa doctor. Dan dia ada bagi saya ubat antibiotic, ubat bengkak, ubat titis dan juga ubat tahan sakit. Pendengaran saya juga berkurangan dari biasa dan ada cecair yang keluar dari telinga saya, selepas 2 hari pengunaan ubat titis yang diberi. Pertanyaan saya adalah gegendang telinga org dewasa berlubang ambil masa berapa lama baru sembuh.

    1. Waalaikum salam. Selalunya ia bergantung dengan saiz lubang dan keterukan jangkitan. Jika lubang kecil dan jangkitan tak teruk, ia boleh tutup sendiri. Jika ia besar dan jangkitan teruk, ia mungkin tidak boleh tutup sendiri.

  11. Terima kaseh doc diatas pencerahan.Normanya mengambil berapa lama ye doc. Pulihnya dan ada langkah langkah penjagaan nya doc.

  12. Salam doc saya ingin tanya.Dalam saluran telinga saya bengkak. Saya dah makan ubat susut bengkak tapi masih tak susut. Pertanyaan saya, telinga yang bengkak ambil masa berapa lama untuk susut.

  13. Salam doc. Gegendang telinga saya pecah. Saya dah dapatkan rawatan dengan doc pakar (ENT). Dia mendapati eardrum saya penuh dengan nanah. Dan menyarankan saya untuk mengambil ubat titis. Untuk membasmi Bakteria terlebih dahulu sebelum rawatan susulan diteruskan. Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah banyak pendapat yang mengatakan, gegendang telinga pecah tak boleh guna ubat titis. Tapi doc pakar menyarankan saya menguna ubat titis untuk jangkamasa 5 hari. Tolong doc bagi saya pencerahan, adakah di boleh kan mengikut keadaan. Atau memang tidak dibolehkan sama sekali ubat titis digunakan.

  14. Assalamualaikum, telinga kiri saya berdenyut2 rasa sakit, dan pendengaran pun dengaq sikit ja, lepastu ada lelehan cecair keluar melalui telinga kiri saya kalau saya mengiring tidoq sebelah kiri, malam2 pun susah nak tidoq, saya tk boleh pergi klinik lagi sebab tengah kuarantin. Ada tak cara tradisional ataupun apa2 yng lain?

    1. waalaikum salam. Kalau ikutkan memang kena jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubat yang sesuai untuk masalah telinga tersebut. Jika tak dapat, mungkin boleh ambil ubat penahan sakit sperti panadol untuk sementara waktu dalam tempoh kuarantin.

  15. Doktor sy nak tanya , , kalau telinga tengah sakit mencucuk2 , berdenyut , , boleh ke cuci di klinik atau x ada rasa sakit baru boleh cuci ?

    1. Selalunya kalau sakit tak boleh cuci. Kena rawat dulu telinga tu dengan ubat dari doktor di klinik

  16. doc saya nak tnya, 3 hari yg lalu telinga saya sakit dan berdenyut Selepas itu saya dah berjumpa doktor dan doktor ckap jangkitan Kuman dan ada merah sedikit, hari ini telinga saya dah tak sakit tapi pendengaran telinga saya agak kurang dengar (macam bergema) dan esok saya ada appointment utk Pasang braces adakah selamat?

    1. Hello Lily. Selalunya tiada masalah untuk pasang braces. Cuma kalau tak pasti, lebih baik diskas dengan doktor yg merawat.

  17. Doctor, gegendang telinga saya bengkak n merah, dlm masa yg sama telinga saya bergema. klinik dah bagi antibiotik, hari ni adalah hari ke-3 saya mkn antibiotik , tapi telinga masih bergema. Pendengaran saya kurang jelas. Adakah saya kena rujuk klinik semula atau habiskan antibiotik dulu

    1. Rasanya boleh berjumpa semula dengan doktor di klinik untuk cek balik, sebab mungkin ada cecair dalam telinga yg sebabkan ia bergema.

    2. Kena habiskan antibiotik dulu dlm masa 5 hari atau terus pergi hari ni?saya blh tukar pergi pada klinik lain x? Sebab klinik yg sama ni dah 2 kali saya pergi

        1. Dr,normal ke kalau ubat titis telinga dia bergenang dalam telinga?..ambik masa dalam tempuh 12 jam. Macam mana nak keluarkan cecair tu?

          1. Ya, ia boleh bergenang dalam telinga. Cuba goyang2kan cuping telinga atau tekan beberapa kali lubang telinga supaya lebihan ubat keluar dari telinga.

  18. Slm doktor, mcm mn klo dah check ke doktor tp still ada kulat dlm telinga. Masaalah nya lps doktor keluarkna dan letak krim, besok ya rasa sakit, kadang2 berdenyut, gatal. Klo mlm mmg tak blh tidur

    1. Waalaikum salam. Ya memang kadang-kala rasa sakit sehingga tak boleh tidur malam. Sila berjumpa semula dengan doktor jika keadaan tak sembuh selepas beberapa hari.

      1. Masaalahnya klo ikut kan skrang dah lbh sebulan berjumpa doktor pakar ent. Tp result ya sama, setiap kali jumpa just tgk dlm telinga, buang kulat or nanah, lps tu arrange appointment after 1 or 2 week tanpa bg ubat, setiap kali jumpa kar bukan free ya

        1. Oh begitu. Mungkin juga boleh minta untuk buat rujukan dan sambungan rawatan di klinik pakar kerajaan untuk masalah tuan.

  19. Salam doktor sy nk tnye ank sy demam dri 23.8 sampi lah sekrg ni msih demm msuk buln 9 kira demam on off pgi ni ank ngadu telinga mcm ade biji bila sy guna lampu suluh sy tengok mcm ade keradangan merah mcm darah tpi bukn darah kering atau mengalir….adakah itu saluran darah nye pecah atau keradangan merah dlm telinganya….terima kasih harap doktor dpt jwap soalan sy

Leave a Reply to Affendy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *