Keadaan-keadaan luka yang biasanya berlaku selepas sunat / khatan.
(A) Keadaan luka yang normal
Terdapat cecair warna kekuningan yang seakan-akan nanah berlaku pada kawasan luka zakar. Ini adalah perkara biasa yang berlaku. Perlu keringkan bahagian luka untuk penyembuhan yang lebih cepatPengumpulan keruping pada kawasan luka. Jangan kopek atau cuci dengan “kasar” sebab ianya akan tertanggal sendiri selepas beberapa hariBengkak adalah perkara biasa selepas sunat. Ianya akan surut selepas 5 hari dan keatasTerdapat keruping hitam pada sekitar kawasan luka sunat Salah satu contoh keadaan luka yang sangat bersih dan terjagaKeruping (masih dalam keadaan lembab) dan terdapat pendarahan yang minimal. (Jika pendarahan terjadi, berikan tekanan pada kawasan yang berdarah selama 5 minit)Keadaan luka sunat berkeruping dan belum kering sepenuhnya
B) Keadaan luka sunat TIDAK NORMAL dan perlu jumpa balik dengan doktor untuk review luka sunat
Jahitan luka terbuka dan perlu review luka sunat dan cantumkan kembali kawasan luka yang terbukaBenang luka terbuka dan perlu dijahit balikMeskipun luka sunat agak bersih tetapi luka tidak bercantum dengan sempurna. Ianya perlu dijahit semula.
Sekiranya anda tidak pasti adakah luka sunat normal ataupun tidak, pastikan anda ada followup di tempat anda melakukan sunat tersebut.
Okay geng, jom kita berbincang secara santai sekejap. Kalau korang dah lebih 40 tahun dan ada masalah darah tinggi (a.k.a. hipertensi), mesti pernah dengar amaran yang macam ni: Darah tinggi tu buruk untuk jantung, buah pinggang, dan macam-macam lagi. Tapi, satu perkara yang mungkin orang tak bagitahu ialah bagaimana ia boleh ganggu prestasi korang kat…
Jom berkenalan dengan “doktor burong” Sabah @kliniksabah Jom berkenalan dengan “Dr. Burong” 😆 #kliniksabah #Movember #sunat #kesuburan #infosunat ♬ Happy Background Music – AlexRockBeat Sudah sunat tapi kulit kulup masih panjang? Banyak tai palat @ smegma? Ada masalah phimosis (kulit kulup sempit) dan menyukarkan anda untuk menarik kulit ke belakang? Jangan risau, Klinik Sabah boleh…
Salah satu soalan yang agak common ditanya oleh klien ialah “Doc, saya ni sudah dewasa. Adakah masih boleh bersunat?” Jawapannya ialah “Masih boleh bersunat walaupun sudah berumur lanjut. Klien kami paling tua berumur 65 tahun” Klinik Sabah merupakan salah satu klinik yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah yang menyediakan khidmat sunat untuk lelaki dewasa dan…
Sunat kanak-kanak yang bernombor ke-2000. Berumur 4 tahun, sangat tenang dan bagi kerjasama ketika disunat. Tahniah adik! Semoga menjadi anak yang soleh dan bermanfaat kepada masyarakat kelak 🤗🙏 Mencari tempat terbaik untuk sunatkan anak lelaki anda di area Kota Kinabalu? Hubungi kami melalui whatsapp untuk buat appointment terlebih dahulu.
Tahniah kepada adik² yang berjaya bersunat minggu ini dan minggu lalu! Semoga luka sunat cepat sembuh ya. Klinik Sabah menyediakan servis sunat tidak bermusim kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Maksudnya, anda boleh membuat temujanji pada bila-bila masa sahaja. Hubungi kami melalui whatsapp untuk keterangan lanjut!
Sebenarnya anda tidak akan rasa sakit sepanjang prosedur sunat dilakukan kerana doktor akan memberikan ubat bius (ubat pelali) pada kawasan tertentu sebelum memulakan prosedur. Hanya merasa sedikit sakit ketika suntikan ubat bius. Ubat bius apa yang akan digunakan? Jawapan ada dalam video pendek ini. Mencari tempat terbaik di area Kota Kinabalu untuk sunatkan anak lelaki…
31 Comments
Terdapat keruping hitam pada sekitar kawasan luka sunat .
Apa perlu buat?anak 3thn,sunat pada hari 26/04/24.
Macam mana saya perlu bersihkan dia?
Thank you
Assalamualaikum Dr nak tanya ape punca kesan lebam tepi kemaluan ank ye.. sebb siabang takde.. dorng sunat 30/5 hritu.. sya perasan masa lepas sunat.. lepastu harini mkin lebam n anak kata sakit sket.. tapi tak bngkak,tak nanah n tak merah.. sya risau
Boleh bersihkan dengan cecair antiseptik seperti dettol pada kawasan luka dan mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut jika masih belum sembuh.
Kadang2 luka boleh berdarah sedikit selepas mandi atau berendam. Boleh gunakan tisu atau gauze untuk tekan kawasan yang berdarah tersebut supaya darah berhenti.
Slm doktor. Utk gambar luka seperti no 1 tu normal ye bila hari ke empat ? Sy ade buat rendaman juga tp ade yg mcm sy usik dia tercabut. Bila da siap rendam ada keluar darah tempat yg cairan kuning tercabut tu. Sy perlu perlu cabut semua kuning tu atau dia akan tertanggal sendiri nanti ? Anak umur 6 tahun. Berkhatan 22/6 sbb sebelum ni phimosis with smegma pearl. Hrp doktor dpt menjawab. Tq doktor
Waalaikum salam Pn. Fyra,
Ya, ia adalah keadaan yang biasa selepas sunat untuk kanak-kanak yang ada phimosis. Tak perlu cabut semua kuning (serum yang keluar), cuma selepas cuci keringkan dengan tisu atau kipas/hair dryer. Nanti dia akan tanggal sendiri.
Salam doktor,bengkak tu biasanya bila boleh surut? Anak 8 tahun sunat clamp sudah hari ke3 lepas bukak clamp.
anak sy br bersunat 27/01. anak sy fimosis. sy buat rendaman air suam + garam n kuning2 tu kembang. sy cuci sikit n ada berdarah sikit. pastu skrg kepala zakarnya jd merah sgt. normal ke dr? sepatutnya boleh cuci ke tak? brapa lama nak sembuh ya?
Waalaikum salam. Ya, ia adalah agak biasa untuk anak yang ada fimosis selepas bersunat. Ya, ia perlu dicuci dengan cecair antiseptik atau normal saline sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Ia boleh ambil beberapa minggu untuk sembuh.
pastu anak sy selalu akan keluar sikit darah pd kesan jahitan selepas buang air kecil. sekeliling kawasan jahitan juga ada kesan darah kering. adakah darah kering dan scab akan tanggal sndr nanti? sy cuma spray dgn hydrocyn aqua spray dan biarkan kering sj. anak x bg dab pn sbb bila dab dgn tisu, scab yg melekat pd kepala zakar akan tertarik dan sakit.
Slm doktor. Selalunya hari ke berapa jahitan tanggal dan luka sembuh? Harini hari ke 9. Sunat 22/6. Ada bahagian luka da kering, ada bahagian masih ade basah dan kuning seperti dalam gambar. Sy da amalkan cuci dgn normal saline dan air garam juga. Tq doktor.
Hi Dr ,boleh ke cuci luka berkhatan dengan saline 0.9% atau,memang x boleh terkena air langsung ?
Luka anak saya mula berair dan membentuk seakan warna kuning di keliling
Sebelum ni,hanya pakai cmc ointment yg dibekal kan sahaja
Hari ni dah masuk hari ke 4 berkhatan
Doc,anak sy sunat 29/1..sekarang luka sudah kering,5/2 dan 6/2 sy rendam anak sy dlm bekas utk kasi keruping tertanggal..tp tidak sepenuhnya tertanggal..sekarang ada nampak mcm ada gelembung air pada bahagian atas bird2..luka dh keing boleh jd nanah ke?? Risau pulak..
Selalunya kalau nanah, anak akan mengadu sakit pada bebird dia dan bengkak, merah. Kalau dia tak rasa sakit, boleh tidur malam dengan nyenyak, selalunya bukan nanah.
Assalamualaikum dr, ank sy sunat pada 30.12..hari ni hari ke5 lepas kencing, sy jirus dgn air pada bebird dia. Lepas tu, tiba2 dah keluar tandas ada darah menitik sikit pada lantai. Normal ke tu dr? Atau sebab sy letak air pd bebird dia td tu? Satu lg, ank sy takut nk kencing sampai sy kena paksa dia ke tandas. Sehari dia cuma kencing 2 kali saja. Takpa ke mcmtu dr..
waalaikum salam. Kalau darah dah berhenti, ok. Kalau tak berhenti, mungkin kena bawa jumpa semula dengan doktor untuk buat pemeriksaan. Boleh pesan dengan anak untuk jangan tahan kencing dan kencing macam biasa.
Dr, anak sy dah 10 hari sunat tp masih lg ade gelembung pelampung tu… Adakah normal? Apa yg perlu sy buat utk surutkan helembung pelampung tu… Bile sy tekan die lembik2 seperti ade air…
Salam Pn. Yuna,
Gelembung pelampung selalunya normal jika anak tidak rasa sakit dan boleh tidur malam dengan selesa. Ia akan surut juga selepas beberapa minggu

Boleh gunakan kapas yg dicelup dengan cecair pencuci seperti dettol dan sapu pada kawasan luka. Selepas itu, biarkan ia kering.
Assalamualaikum Dr nak tanya ape punca kesan lebam tepi kemaluan ank ye.. sebb siabang takde.. dorng sunat 30/5 hritu.. sya perasan masa lepas sunat.. lepastu harini mkin lebam n anak kata sakit sket.. tapi tak bngkak,tak nanah n tak merah.. sya risau
Waalaikum salam. Selalunya ia adalah kesan daripada proses sunat yang mana ada darah meresap di bawah kulit. Lama kelamaan ia akan hilang juga.
Luka sunat anak sy die macam basah benanah bagian bawah, bengkak pula , macam mne nak bersihkan ? anak sy sunat tanggal 3 bulan juni
Boleh bersihkan dengan cecair antiseptik seperti dettol pada kawasan luka dan mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut jika masih belum sembuh.
Doc nk tnya , normal ke waktu malam ank rasa sakit . Mlm ke 3 .. bila tgk ank punya menegang . Punca itu ke dia sakit? TQsm doc
Ya, ia adalah perkara biasa yang boleh berlaku. Boleh bagi dia minum ubat paracetamol sebelum tidur untuk mengurangkan kesakitan.
Doc kenpa lepas, mandi dan berendam luka berdarah semula? Adakah sebab dari darah yg kering tu?
Kadang2 luka boleh berdarah sedikit selepas mandi atau berendam. Boleh gunakan tisu atau gauze untuk tekan kawasan yang berdarah tersebut supaya darah berhenti.
Alhamdulillah mcm tu ye doc. Baik-baik tq doc .
Slm doktor. Utk gambar luka seperti no 1 tu normal ye bila hari ke empat ? Sy ade buat rendaman juga tp ade yg mcm sy usik dia tercabut. Bila da siap rendam ada keluar darah tempat yg cairan kuning tercabut tu. Sy perlu perlu cabut semua kuning tu atau dia akan tertanggal sendiri nanti ? Anak umur 6 tahun. Berkhatan 22/6 sbb sebelum ni phimosis with smegma pearl. Hrp doktor dpt menjawab. Tq doktor
Waalaikum salam Pn. Fyra,
Ya, ia adalah keadaan yang biasa selepas sunat untuk kanak-kanak yang ada phimosis. Tak perlu cabut semua kuning (serum yang keluar), cuma selepas cuci keringkan dengan tisu atau kipas/hair dryer. Nanti dia akan tanggal sendiri.
Salam doktor,bengkak tu biasanya bila boleh surut? Anak 8 tahun sunat clamp sudah hari ke3 lepas bukak clamp.
Waalaikum salam. Selalunya boleh ambil beberapa minggu. Tak mengapa juga kalau tak rasa sakit.
assalamualaikum dr.
anak sy br bersunat 27/01. anak sy fimosis. sy buat rendaman air suam + garam n kuning2 tu kembang. sy cuci sikit n ada berdarah sikit. pastu skrg kepala zakarnya jd merah sgt. normal ke dr? sepatutnya boleh cuci ke tak? brapa lama nak sembuh ya?
Waalaikum salam. Ya, ia adalah agak biasa untuk anak yang ada fimosis selepas bersunat. Ya, ia perlu dicuci dengan cecair antiseptik atau normal saline sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Ia boleh ambil beberapa minggu untuk sembuh.
pastu anak sy selalu akan keluar sikit darah pd kesan jahitan selepas buang air kecil. sekeliling kawasan jahitan juga ada kesan darah kering. adakah darah kering dan scab akan tanggal sndr nanti? sy cuma spray dgn hydrocyn aqua spray dan biarkan kering sj. anak x bg dab pn sbb bila dab dgn tisu, scab yg melekat pd kepala zakar akan tertarik dan sakit.
Slm doktor. Selalunya hari ke berapa jahitan tanggal dan luka sembuh? Harini hari ke 9. Sunat 22/6. Ada bahagian luka da kering, ada bahagian masih ade basah dan kuning seperti dalam gambar. Sy da amalkan cuci dgn normal saline dan air garam juga. Tq doktor.
Hi Dr ,boleh ke cuci luka berkhatan dengan saline 0.9% atau,memang x boleh terkena air langsung ?
Luka anak saya mula berair dan membentuk seakan warna kuning di keliling
Sebelum ni,hanya pakai cmc ointment yg dibekal kan sahaja
Hari ni dah masuk hari ke 4 berkhatan
Ya, boleh dicuci dengan normal saline. Cecair kekuningan itu adalah biasa untuk anak-anak selepas khatan. Perlu pastikan yang luka sentiasa kering.
Doc,anak sy sunat 29/1..sekarang luka sudah kering,5/2 dan 6/2 sy rendam anak sy dlm bekas utk kasi keruping tertanggal..tp tidak sepenuhnya tertanggal..sekarang ada nampak mcm ada gelembung air pada bahagian atas bird2..luka dh keing boleh jd nanah ke?? Risau pulak..
Selalunya kalau nanah, anak akan mengadu sakit pada bebird dia dan bengkak, merah. Kalau dia tak rasa sakit, boleh tidur malam dengan nyenyak, selalunya bukan nanah.
Doktor,bengkak seperti tayar tu bila akan surut ya?ank saya hari ke 8 dah.
Selalunya ambil masa beberapa minggu untuk surut.
Kalau itu bengkak berwarna hitam biasa kh tu doc?
Ya, ia adalah keadaan yang agak biasa selepas sunat.