Jangkitan Kulat dalam telinga (Cara rawatan untuk proses penyembuhan yang cepat)

Minggu ini ada seorang kakak yang datang ke klinik setelah mengadu sakit telinga sebelah kanan dan gatal-gatal selama seminggu.

Menurut beliau, sakit dan gatal bertambah teruk semenjak dua hari yang lalu sebelum datang ke klinik, dan beliau perasan apabila cuba korek telinga dengan putik kapas (cotton buds) ada cecair kuning yang berbau keluar. Beliau juga ada sedikit demam, namun tiada gejala batuk dan selesema.

Apabila pemeriksaan dijalankan, didapati bahawa beliau mengidap jangkitan kulat di dalam telinga kanan beliau.

Ini dibuktikan dengan pemeriksaan otoscope, yang mana kita dapat lihat ada spora kulat (fungal spores) berwarna hitam dan berbintik bintik. Saluran telinga beliau juga dipenuhi oleh cecair (discharge) akibat reaksi kulit dalam telinga kepada jangkitan kulat tersebut.

Jangkitan kulat dalam lubang telinga
Jangkitan kulat dalam lubang telinga

Kulit juga kelihatan merah meradang (inflammed), namun gegendang telinga tidak bocor. Ini menunjukkan yang jangkitan tersebut hanya berlaku di telinga luar dan tidak melibatkan telinga tengah.

Radang dalam lubang telinga
Radang dalam lubang telinga

Untuk kes begini, telinga beliau perlu dicuci (ear syringe) dengan air supaya semua kulat spora dapat dikeluarkan dan ubat titis telinga akan diberikan untuk membunuh saki-baki jangkitan yang ada.

Ubat tahan sakit dan anti-inflamasi juga akan diberikan untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

49 thoughts on “Jangkitan Kulat dalam telinga (Cara rawatan untuk proses penyembuhan yang cepat)”

  1. Assalamualaikum. Telinga saya juga pernah mengalami sakit yg sama dan telah mendapat rawatan berulang kali. Tetapi masalah saya ialah sakit yg sama terlalu kerap iaitu sebulan sekali mesti akan sakit telinga kiri/kanan atau keduanya sekali (tidak serentak). Saya ingin tahu apakah penyebab sebenar masalah jangkitan kulat ini?

    1. Waalaikum salam. Ada kemungkinan jangkitan kulat atau bakteria tersebut belum 100% habis. Masih ada lagi yang tertinggal, yang mana ia sebabkan jangkitan berulang. Mungkin perlu buat pemeriksaan swab C&S untuk tahu apa kuman yang menyebabkan jangkitan berulang.

      1. Assalamualaikusm doctor, saya Sarmila begum binti muhammd ibrahim dari penang . Saya ada masalah telinga selama 4 tahun, ada fungi dan kulat, dah jumpa doctor pun dia still tak pergi ada penyelesaian tak

  2. assalammualaikum , baru ii ni doc ada kata telinga saya ada fungus , macam mana cara untuk saya bersihkan ya ?

  3. Assalamualaikum.. Sya nk tnya sya pon jdi kulat dlm telinga… Berwarna putih2.. Haritu sya ade pergi jmpa doktor.. Dia bgi ubat kuman dan ubat titik.. So skrg sya tgok kulat tu xhilang2 pon dlm telinga sya.. So sya nk buat mcm mna ye.. Blh bgii perjelasan x?

    1. Waalaikum salam. Adalah lebih baik untuk cek balik telinga tersebut dengan doktor untuk pastikan yang ia betul2 jangkitan kulat dan masih belum sembuh sepenuhnya. Rawatan lanjut boleh diberi untuk pastikan ia tidak berterusan.

      1. Telinga saya baru dijangkiti kulat, dan telah berjumpa doktor dan ada benda asing kehitam keluar dan hilang sakitnya. Tapi selepas itu kenapa cairan jernih keluar dri telinga?

  4. telinga kiri saya pon doc kata ada fungus. saya pergi masa hari pertama sorang doktor ni bagilah ubat tahan sakit dan ubat fungus then dia kata ari keempat datang cuci. bila datang hari keempat bkn doktor yang sama tak cuci tapi bagi antibiotik dan ubat titik. sekarang sakit saya semakin tak sembuh. makin sakit balik. stress sy dengan sakit telinga ni.

    1. Mungkin juga bagus kalau boleh berjumpa dengan doktor pakar telinga secepat mungkin, dikhuatiri jangkitan semakin teruk.

      1. doctor. sy dah pegi cuci telinga sbb ada kulat tapi cucian nya ada tinggal sikit disebabkan agak dlm. so doc bagi ubat titik telinga. mmg pedih mcm terbakar ke kalau dititik!? ka sy sorang ja alami pedih tu?

  5. Assalamualaikum doc masalah yang dihadapi oleh saya telinga berdesing berair kadang benanah…..ada juga dia bengkak telinga sampai ke muka bila saya jumpa doctor kat klinik dia bagi ubat titik dengan ubat tahan sakit bila dia bengkak sampi semua bahagian kepala rasa sakit boleh bagi cadangan tak untuk rawatan sakit saya ni

    1. Waalaikum salam. Adalah lebih baik untuk buat pemeriksaan lanjut dengan buat test swab culture & sensitiviti untuk jangkitan telinga tersebut utk tau apa kuman penyebabnya. Antibiotik oral perlu diberi jika tau apa kuman tersebut utk merawat.

  6. Doktor, telinga saya sekarang ni masalah kulat, saya telah berjumpa doktor, doktor syorkan saya untuk memakai ubat titis clotrimazole selama seminggu, selepas saya titis ubat telinga saya berdesing , adakah perkara ini akan berterusan apabila saya berhenti memakai ubat titis?

    1. Adalah lebih baik untuk cek semula di klinik kerana jika berdesing, ada kemungkinan jangkitan telah merebak ke dalam telinga.

  7. Doktor, sblm nie telinga sy sakit mcm bengkak. Lps 3 hari kluar cecair warna kuning. Jumpa doktor, doktor kata ada kulat. Hampir seminggu rasa sakit x da tpi pendengaran seperti x da seimbang. Pendengaran seperi ada sesuatu sy menutup dekat dlm telinga. Apakah sebabnya tuu doktor?

    1. Ada kemungkinan masih ada cecair di dalam telinga yang menyebabkan ia tersumbat. Perlu cek balik dengan doktor di klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

  8. Salam…doc sy mengalami mslh kegatalan telinga yg teramat sgt..telinga sy tak sakit & bernanah tapi sy mengalami mslh hilang pendengaran seakan ada letupan kecil berlaku bila sy menguap,bersin..dlm msa beberapa saat pendengaran telinga sy akn tertutup kembali..apa puncanya doc

  9. Salam Doc. Telinga kanan saya dijangkiti fungus. Mulanya doktor klinik kata jangkitan kuman dan beri ubat titik dan antibiotic. Selepas seminggu telinga rasa tersumbat tapi tak sakit, lalu saya berjumpa pakar ENT. Pakar ENT kata telinga dijangkiti fungus dan gegendang telinga dah berlubang. Telah terima rawatan dan fungus dah tiada tapi kena tinnitus pula. Soalan saya, bolehkan gegendang telinga saya itu pulih dan adakah tinnitus itu akan hilang apabila gegendang telinga saya pulih? Terima kasih Doc.

    1. Waalaikum salam. Jika lubang gegendang itu kecil, ia boleh tutup dan pulih sendiri. Tetapi jika ia besar, agak sukar untuk ia pulih kembali. Tinnitus selalunya akan ada berterusan walaupun gegendang telinga sudah sembuh.

        1. Maaf saya nak tanya satu soalan lagi. Adakah tinnitus itu disebabkan oleh gegendang telinga yg berlubang atau sebab2 lain, misalnya stress kerana telinga tersumbat sebelum itu. Saya mmg stress sangat sejak telinga rasa tersumbat dulu.

  10. Salam.saya pernah melihat dlm Telinga Ada Ulat.apa kah penyebap nya? Apa kah rawatan dan prosedur tdk menyakitkan???

    1. Waalaikum salam. Ada kemungkinan yang serangga masuk ke dalam telinga dan bertelur di dalam lubang telinga tersebut. Rawatan bergantung kepada kedaan, kadang-kadang sakit, kadang-kadang tidak.

  11. Doc bru2 nie sye ada sakit telinga berdenyut2 n dah pergi ke klinik..doc klinik ckp ada nanah n kulat dlm telinga..doc klinik bg surat utk tuk refer pakar ent…sye pon pergi ke hospital pakar ent..doc hospital ckp bnda yg sma..doc hospital check lpas tu cuci n bubuh krim dlm telinga…Doc ckp lepas 3 minggu dtg balik ke hospital..sye nak tanya adakah normal lepas seminggu doc bubuh krim dlm telinga akan keluar cecair warna kuning??

    1. Ada kemungkinan yang telinga tersebut masih lagi belum sembuh dengan ubat yg digunakan. Seba itu ada cecair kuning yang keluar. Perlu teruskan dengan ubat sehingga habis.

  12. Hi dr..isnin lepas, saya baru saja dijangkiti kulat dlm telinga sblh kiri. Dr ent bagi antibiotik dan ubat tahan gatal… Serta ubat titis anti kulat selama 1 minggu dan mencuci telinga saya serta mengeluarkan kulat yg tumbuh itu… Tetapi pada hari rabu sakit masih sama mcm sblm saya berjumpa dr ent. Jadi pada khamis saya pergi semula ke klinik dan dr ent menemui kulat tumbuh semula dan mencuci semula telinga saya. Saya diberik ubat anti kulat dan dimakan seminggu sekali selama 3 minggu.. dr juga meletakkan kapas kecik di dalam telinga saya dan menyuruh saya guna ubat titis anti kulat yg sama selama seminggu. Masalahnya saya tak tahan dengan kapas di dalam telinga itu.. nak tanya brp lama nak biarkan kapas itu di dlm telinga saya?

    1. Hello Rozie,
      Orang yang terbaik untuk bagitau berapa lama kena simpan tu kapas ialah pakar telinga tersebut. Namun begitu, selalunya ia disimpan untuk 5-7 hari.

  13. Salam doc..saya juga mengalami jangkitan kulat di telinga sebelah kiri dan ianya parah sehingga menyebabkan telinga tengah saya berlubang..saya juga telah berjumpa dkt pakar ENT dan menerima rawatan di hospital selama seminggu.Sewaktu discharge,pakar berikan ubat krim anti-fungal serta antibiotik utk dimakan.Saya juga akan ada sesi follow up dgn dr selepas 2 minggu.sewaktu mandi dan ambil wudhu’ juga saya tutup telinga dgn earplug utk mengelakkan telinga saya basah.Saya dh sapu ubat krim tersebut setiap waktu tapi masih ada cecair kekuningan yang keluar dari telinga.Apakah jangkitan kulat tersebut masih ada? Jika ada,berapa lama masa yang diambil untuk kulat tersebut mati?Bolehlah saya sapu minyak habbatus sauda/minyak zaitun pada telinga saya?

    1. waalaikum salam. ada kemungkinan masih ada jangkitan, yang mana mungkin juga perlu buat swab culture untuk C&S di klinik. saya tak galakkan untuk sapu minyak zaitun atau habbatus sauda di telinga.

  14. hallo aku juga mengalami hal seperti itu pernah periksa katanya radang tapi dalemnya ada hitam2 gitu rasanya kadang senut2 udah 2 mingguan gak sembuh2

  15. Assalamualaikum doctor sya nak bertanya telinga kiri sya gengendang telinga terkoyak dlm masa yg sama ada jangkitan kulat..Dan sya telah pergi ke hospital utk mendaptkan rawatan ,doctor telah cuci telinga kiri kerana ada kulat didlm telinga dlm masa sama doct meletakan ubat krim didlm telinga saya,utk pertama Kali sya rasa terkejut kerana letakn krim didlm telinga..ada tak ubat krim terment utk teinga selalu pakai ubat titik saja antibiotics

    1. Waalaikum salam. Mungkin bagus untuk berjumpa semuala dengan doktor yg merawat untuk tanya tentang ubat titis telinga yang sesuai.

  16. Assalamualaikum dr, harini saya menerima rawatan ear syringe di hospital krn jangkitan kulat, kemudian diberikan ubat clotrimazole 1%, xlama lpas titikkan ubat telinga terasa penuh balik, bila dicek dgn tisu, ada darah dan mngkin brcampur dgn nanah sbb ia brbau busuk, kemudian telinga jg terasa gatal-gatal , jadi soalan sy adakah ia reaksi yang normal drpd ubat titis tu?

  17. Assalamualaikum doktor..tlinga Kiri Sya Pon doktor ckap ada jangkitan kulat..tapi x sakit.cuma bengang ja..dah 3kali pergi cuci tpi masih belum habis..sekali p buang selapis masih ada selapis..p pulak buang selapis..tadi pi doktor buang xbole abis lapisan ke 3 nie sbb dah pening..doktor ckp air cuci terkena gegendang telinga sbb TU pening..doktor x berani nak korek sebab dalam..so nk tnya doktor bole ka kalau pergi klinik yg ada servis utk sedut kulat tu..bahaya x?Dan bole x doktor bagitahu apa yg perlu di makn utk matikan kuman kulat tu..Dan apa yg x bole makan..trma ksih doktor..

    1. Waalaikum salam. Adalah lebih baik untuk doktor tu rujuk dengan doktor pakar di hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

  18. salam DR,telinga kanan saya terkena jangkitan kulat dan gegendang bocor.pakar sarankan buat pembedahan untuk menutup lubang bagi mengelakan keaadan semakin parah takut berjangkit ke otak.bolehkah gengendang saya akan pulih selepas buat pembedahan tersebut?
    pakar juga ada bagi ubat titis telinga clotrimazole 1%.tapi selepas titiskan ubat telinga terasa amat sakit dan terbakar.adakah itu biasa tindak balas ubat tersebut?

    1. Waalaikum salam. Ya, selalunya selepas pembedahan menampal gegendang telinga akan memulihkan keadaan. Ya, ubat clotrimazole memang akan sebabkan sedikit kesakitan bila dititis di dalam telinga.

Leave a Reply to Jaafar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *