Bagi mereka yang belum pernah mendengar mengenai masalah testis yang tak turun ketika bayi, agak sukar untuk mempercayainya tapi ianya memang berlaku dalam kalangan bayi. Testis yang tak turun ini menyebabkan skrotum si bayi kelihatan kosong dan kempis ketika disentuh.
Istilah lain bagi testis tak turun ini ialah kriptorkismus. Namun tak ramai yang tahu istilah kerana penggunaannya tak begitu meluas. Lebih selesa dengan penggunaan ayat “testis tak turun”.
Apa sebenarnya yang terjadi dengan testis yang tak turun ni? Selalunya keadaan ini berlaku apabila testis bayi tidak turun dari rongga perut melalui ari-arinya dan ke dalam skrotum. Kemungkinan ia dihalang oleh lekatan tisu-tisu semasa proses penurunan ke skrotum. Antara sebab lain ialah disebabkan oleh endokrin (hormon dari testis) yang tidak normal.
Kenapa pentingnya masalah ini perlu dikenalpasti dari awal?
Salah satu penyebab ketidaksuburan lelaki ialah disebabkan oleh masalah testis yang tak turun ini. Sebab itu pemeriksaan fizikal bayi ketika lahir amat penting. Jika dikenalpasti lebih awal, maka tindakan awal boleh diambil bagi mengelakkan fungsi testis anak anda terjejas.
Jika anda perasan keadaan testis anak lelaki kelihatan seperti tidak normal, sila dapatkan rawatan yang sesuai. Jangan biarkan anak anda membesar dengan masalah seperti ini.