Tadi ada seorang ibu muda datang ke klinik untuk masalah telinga kirinya yang mengeluarkan cecair seperti nanah dan berbau selama lebih kurang dua minggu.
Pada mulanya, telinga berasa sakit berdenyut-denyut tetapi sejak kebelakangan ini, sakit tersebut sudah berkurang. Namun begitu cecair kekuningan yang keluar tidak pandai berhenti.
Beliau juga mengadu yang telinga tersebut berdesing berterusan dan ia mengganggu beliau tidur waktu malam. Kadang-kalau beliau berasa telinga kirinya juga tersumbat dan tidak dapat mendengar dengan jelas.
Beliau sebenarnya telah berjumpa dengan doktor di klinik lain seminggu yang lalu dan telah diberikan ubat. Namun setelah beliau makan ubat dari doktor tersebut selam dua hari, beliau merasakan yang masalah beliau tidak ada perubahan yang bagus. Beliau telah dirawat dengan ubat tahan sakit, ubat bengkak dan antibiotik (tak pasti apa jenis antibiotik yang diberi).
Bila diperiksa, didapati telinga kiri beliau penuh dengan cecair kekuningan seperti nanah. Gegendang telinga tidak dapat dilihat kerana cecair tersebut menutup salur telinga sebelah luar.
Ada kemungkinan besar yang beliau mengidap penyakit otitis media kronik yang mana disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria. Dalam kes ini, beliau dirawat dengan antibiotik oral dan ubat untuk mengurangkan simptom sakit dan gatal pada kawasan telinga.
Antara sebab jangkitan otitis media kronik ialah apabila kuman dari penyakit demam selsema dan sakit tekak masuk ke telinga tengah melalui salur Eustachian sewaktu kita cuba menghembus hingus keluar.
Ia boleh menyebabkan pembengkakan pada kawasan dalam telinga dan jika teruk, boleh menganggu koklea lalu menyebabkan bunyi berdesing (tinnitus).
Jangkitan yang teruk juga boleh menyebabkan gegendang telinga bocor dan cecair yang mengandungi kuman (nanah) akan keluar dari telinga. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak lebih jauh ke dalam telinga dan mungkin boleh sampai ke otak.
doktor, mahu tanya, adakah pendengaran boleh kembali seperti sediakala? sebab situasi wanita ini sama seperti situasi saya sekarang
Ya boleh, dengan syarat jangkitan dirawat dengan sempurna.
Dokter klu lepas infeksi dh reda normal ke klu dlm telinga berdengung mcm ade air bila sy tunduk atau dongakkn telinga yg infeksi tu keatas
Akan bunyi (plup3)then berdengung lg kuat..
Mungkin masih ada cecair di dalam telinga. Perlu lagi rawatan untuk hilangkan air tersebut.
Selamat malam doktor, saya ingin bertanya..
Sudah 1 minggu ni saya mengalam simptom2
1. Pening kepala
2. Bunyi yg kuat sebelah kira,kadang2 sebelah kanan
3. Telinga berair dan bila saya hidu tida bau apa2 tp berlendir
4. Telinga sebelah kira kurang kedengaran dan berdesir kuat
5. Berdarah dan kadang bernanah
Saya belum sempat pergi ke klinik disebabkan berkerja
Keadaan itu menunjukkan yang telinga anda telah dijangkiti kuman. Perlu dapatkan pemeriksaan segera utk elakkan dari ia bertambah teruk.
salam doctor baru nie saya ada pergi ke klinik Dan Doctor bagi tahu yg gedang telinga saya pecah Dan dia beri ubat anti-biotik. makan ubat sampai habis Dan datang semula ke klinik untuk periksa sekali lagi..
soalan saya:betul ke gedang telinga saya pecah atau sbb lain boleh mintak pncerahan?
Wsalam. Saya tak pasti. Kalau doktor anda beritahu yang gegendang telinga anda pecah, mungkin itu yang berlaku. Lebih baik untuk cek semula telinga anda bila ubat telah habis dimakan.
tapi doc saya kena macam nie dah 3 kali seblum nie. bila saya pergi cek dia akan letak ubat cecair dalm telinga.. tapi yang baru nie saya kena yg sama bila pergi cek Doctor ckp pecah.dia sendri x berani letak mcm seblum nie.. sebb sy kena dekat telinga yg sama sebelah kanan..
Selamat pagi doctor. Saya ada symptoms ni almost 2 bulan dah tapi tak ada kacau kehidupan seharian saya pun. Tiba-tiba saya bangun tidur, telinga yang infected tu jadi makin kuat. Saya boleh dengar semua benda eventhough perlahan. Kenapa jadi macam tu doc?
Selamat pagi. Ada kemungkinan yang jangkitan tu dah jadi lebih teruk. Cik perlu dapatkan rawatan dari klinik untuk elakkan dari ia merebak.
Doc saya punya symptoms memang sama dengan wanita tu. Perlukah saya ke klinik? Bolehkah saya merawat ia sendiri?
Perlu buat pemeriksaan dengan doktor di klinik. Selalunya ia tak boleh dirawat dengan sendiri.
Ubat yang doc kasi hanya untuk kurangkan gatal dan cecair ke or macam mana? And kalaulah tak dorawat oleh doctor apa akan jadi?
Ia bergantung kepada keadaan telinga tersebut. Jika ia disebabkan oleh kuman, mungkin antibiotik perlu diberi bersama-sama ubat untuk kurangkan gatal dan cecair yang keluar.
Dr, saya mengalami masalah gegendang pecah dan telinga berair. Baru2 ini saya telah mendapat rawatan, dan telah sembuh, tetapi telinga berair itu berulang lagi selang beberapa hari. Adakah dengan menjalani pembedahan untuk membetulkan gegendang telinga boleh menghentikan masalah ini? (beberapa tahun lepas, saya sebenarnya telah dinasihati untuk menjalani minor surgery utk masalah ini tetapi menolak sebab pada pendapat saya ketika itu ia tidak menjejaskan pendengaran dengan teruk).
Hello Astrea. Selalunya jika telinga mengalami jangkitan berulang seperti ini, ada kemungkinan kuman di dalam telinga masih belum 100% mati dengan rawatan. Mungkin bagus untuk buat swab telinga dan tengok apa kuman yg menyebabkan jangkitan supaya ia dapat dirawat dengan betul. Pembedahan memperbaiki gegendang telinga boleh gagal jika masih ada jangkitan kuman di dalam telinga.