Pemeriksaan Najis untuk Pengendali Makanan (Stool Test)

“Mau tanya, kalau mau buat pemeriksaan sampel najis untuk pengendali makanan tu macamana prosedurnya? 😅 First time buat pemeriksaan begini

Untuk pemeriksaan sampel najis, anda akan diberikan alat khas (batang swab) untuk mengambil sampel sendiri dengan memasukkan batang swab ini ke dalam lubang rektum sekurang-kurangnya 2cm.

Stool Test

Sampel najis tersebut kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk dianalisis untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang kehadiran parasit atau bakteria, contohnya seperti Salmonella, Shigella atau Vibrio cholerae.

Pemeriksaan najis ini boleh dibuat dimana-mana klinik terdekat dengan anda. Jika tidak pasti, boleh hubungi klinik tersebut untuk info selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *