Hypospadias : Simptom-simptom dan komplikasi

Hypospadias dan komplikasi kepada kanak-kanak jika ia tidak diperbetulkan

Hypospadias adalah masalah di mana pembukaan uretra tidak berada di hujung zakar. Uretra adalah tiub yang membawa air kencing dari pundi kencing ke bahagian luar badan. Dengan hypospadias, hujung tiub lebih rendah di bahagian bawah zakar atau mungkin di skrotum.

Lipatan kulit di bahagian atas zakar (kulup) juga tidak terbentuk dengan normal. Hypospadias boleh menghalang aliran air kencing yang normal. Ia boleh menyebabkan masalah dengan aliran air mani di kemudian hari. Ini boleh menyebabkan kemandulan pada lelaki.

Simptom – simptom hypospadias yang berlaku pada kanak-kanak boleh sedikit berbeza antara satu sama lain. Ia termasuklah;
1. Zakar dan kulit kulup kelihatan tidak normal
2. Aliran air kencing yang tidak normal
3. Hujung zakar melengkung ke bawah

Simptom-simptom hypospadias

Hypospadias boleh dirawat dengan pembedahan yang selalunya dibuat ketika bayi berumur 6 hingga 24 bulan. Ini adalah kerana kadar pertumbuhan zakar pada waktu ini adalah minimum. Mereka tidak boleh disunat semasa lahir kerana kulit kulup akan diperlukan untuk memperbaiki zakar.

Jika tidak dirawat dengan betul, mereka mungkin akan mengalami masalah ini ketika sudah besar:
1. Aliran air kencing mungkin akan keluar pada arah bukaan air kencing atau tersembur ke pelbagai arah.
2. Apabila mereka membesar, zakar mereka mungkin akan melengkung. Ini boleh menyebabkan gangguan hubungan seksual di kemudian hari.
3. Sekiranya bukaan urethra lebih dekat kepada skrotum atau perineum, mereka mungkin menghadapi masalah dengan kesuburan di kemudian hari.

Sila bawa anak anda untuk berjumpa doktor jika mereka mengadu yang aliran air kencing tidak lurus, bengkok-bengkok atau tersembur ke merata tempat sewaktu kencing.

Pastikan mereka dapat berjumpa dengan doktor pakar pembedahan kanak-kanak dan elakkan dari mereka disunat dengan cara yang biasa. Ini kerana kulit kulup mereka akan digunakan untuk memperbaiki masalah hypospadias tersebut.

#kliniksabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *