Saya selalu dilawati oleh pesakit yang mengadu tak boleh tidur malam. Kadang-kadang diorang ni tak boleh tidur hingga beberapa minggu.
Mereka mengadu susah nak tidur, walaupun badan rasa penat. Mata tak nak lelap. Otak masih berjalan. Bila dah nak pagi (selalunya dah pukul 5) baru mata nak terlelap. Tapi masalahnya pukul 6 pagi dah nak kena bangun untuk urus anak ke sekolah dan sendiri pergi kerja.
Bila mereka boleh tidur pulak, tengah malam terbangun jam 2 pagi. Otak masih lagi berjalan. Lepas tu tak boleh tidur sampai pagi.
Mereka yang hadapi masalah tidur begini selalunya akan mengadu waktu siang di tempat kerja rasa mengantuk. Rasa penat dan tak dapat fokus pada kerja. Kadang-kadang cepat marah. Kadang-kadang pening atau sakit kepala.
Bila mereka datang dengan masalah sebegini, soalan pertama yang selalu saya tanya ialah: Apakah yang otak kamu fikirkan pada waktu tak boleh tidur tu?
Ini kerana, apabila otak mereka berkerja lebih masa dengan banyak benda yang difikirkan, ia akan menyebabkan otak tak boleh “shutdown“. Mereka selalunya memikirkan masalah-masalah yang biasa berlaku dalam hidup mereka – seperti konflik di dalam perhubungan, konflik dalam keluarga, tekanan di tempat kerja, kehilangan orang yang tersayang, psikologi yang tidak stabil atau masalah kesihatan yang serius.
Walaupun badan mereka letih, otak masih lagi tidak berhenti memikirkan perkara-perkara tersebut. Ketidaktentuan masa depan diri sendiri (seperti ramai pengidap kanser) dan kehilangan orang yang mereka sayang adalah yang paling kerap mereka fikirkan sehingga tidak dapat tidur.
Bila mereka datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan, mereka selalu minta untuk diberikan ubat tidur. Ubat tidur memang boleh diberi untuk memudahkan tidur, tetapi saya amat tidak galakkan mereka bergantung dengan ubat tidur, kerana ia bukan solusi tyang bagus untuk masalah insomnia mereka. Ubat tidur hanyalah solusi sementara sahaja.
Jalan terbaik ialah dengan menasihatkan mereka mengenalpasti apakah yang penyebab utama mereka berfikir terlalu banyak, terutama sekali pada waktu malam. Cuba cari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi dengan bantuan mereka yang bertauliah dan berpengalaman. Cuba kurangkan stress dan banyakkan bermeditasi mengikut kepercayaan sendiri.
Bila masalah yang dihadapi dapat mereka selesaikan, selalunya otak akan menjadi lebih tenang dan kurang berfikir. Bila kurang berfikir, ia akan memudahkan untuk otak “shutdown” pada waktu malam dan mereka akan dapat tidur dengan mudah.
Selain daripada menyelesaikan masalah yang dihadapi, bersukan pada waktu petang juga adalah bagus. Luangkan masa 30-45 minit pada waktu petang untuk melakukan senaman atau berjogging. Keluarkan peluh dan penatkan diri dengan aktiviti sukan. Ia akan menyebabkan badan betul-betul penat dan akan memudahkan untuk kita tidur pada waktu malam.
Jangan minum minuman berkafein pada waktu petang kerana ia boleh menyebabkan otak kembali aktif dan boleh menyukarkan untuk tidur pada waktu malam. Kurangkan juga melihat gajet dan telefon pintar pada waktu malam, kerana ia boleh mengganggu ketenangan fikiran.
Untuk mereka beragama Islam, membaca zikir atau Al-Quran pada waktu malam sebelum tidur boleh menenangkan fikiran sekaligus memudahkan untuk kita tidur.
Jika masalah insomnia mereka ini berterusan, walaupun masalah yang difikirkan telah selesai dan ubat pun telah dimakan, ada kemungkinan mereka perlu dirujuk dengan pakar psikiatri untuk mencari penyelesaian.
Saya tak boleh tdo, walau badan letih penat.. Otak bfkir,dan fkir.. Kadang2 pasangan x peduli pun keadaan sya, mcm skarang..dah 7 hari suami x msj tanya khbar,sibuk kj jauh pun.. Marah skali pun.. Xkan sampai 7 hari..? Ego dia ni, buat saya jadi makin sakit.. ..saya perlukan ubt tdor
Adalah lebih baik jika puan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, supaya puan boleh tidur.
Assalammualaikumum,
Masalah saya , dalam 2,3 bulan ni , macam-macam cara saya cuba untuk penatkan badan saya , saya dah bersenam , penatkan badan , tak minum kafein , berzikir , masih sukar nak tidur
sehingga saya tinggikan bantal . Lelap sekitar dalam pukul 01 pagi tu pun dalam keadaan menyandar .
Waalaikum salam cik. Jika keadaan berterusan begitu, mungkin bagus juga utk cek dengan doktor di klinik.
Tak cukup nutrisi kut
Dah nak masuk 2 bln dah …susah nakk tidur MLM..pernah sesekali tidakk ada tidur langsung dlm 2harii..kkdg btanya dgan diri sendiri..kenapa..??
Adakah Sya memerlukan ubat UTK paksa supaya boleh tidur
Jika sukar mau tidur sudah dua bulan, adalah bagus untuk cik berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Assalamualaikum,
Saya berumur 15 tahun ,saya sukar tidur pada waktu malam hampir 2 minggu ..kadang-kadang saya boleh tidur ,tapi saya kerap terjaga ..saya pernah beritahu kawan -kawan yang saya tak cukup tidur ,tapi mereka beritahu saya yang muka saya tidak menunjukkan kesan yang saya tidak cukup tidur.
Assalamualaikum doktor.. Perlu ke saya jumpe doktor sebab saya susah nak tido . saya ad tengok komen doktor pasal hal ni .. Saya still buat exercise waktu petang , otak saya kosong.. Xde fikir pape pun .. And saya duk rileks kat luar sambil tengok langit tapi still saya xboleh tidur..sdah sminggu lebih saya macam ni
Waalaikum salam. Adalah lebih baik untuk cik berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Saya menghadapi masalah tidur..walaupun pemikiran saya kosong tapi masih tak dpt lelapkan mata..lepas subuh baru dpt tidur utk 3-4 jam..hari siang lansung tak rasa mengantuk…cuma badan jadi penat..
Hello , Saya Selalu Buat exercises tiap hari … Tapi malam susah lah nak tido .. Ngantuk kuat tapi tetap nda dapat tidur … nda tau kenapa .. ada yg cakap aku banyak pikir , tapi nda jua ku banyak pikir . If aku payah tidur , aku bawa selawat . but still
Saya pula selang sehari boleh tidur, ramai yang cakap bg peskit tiriod ini adalah perkara biasa. betul ke?
Hello Ain. Ia bergantung kepada keadaan tiroid seseorang. Mungkin lebih baik untuk cik berjumpa dengan doktor di klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Hai saya 16 tahun . saya tak boleh tidur walaupun kerap bermain sukan . saya tidur hanya dalam 1 jam pasti akan terjaga hingga pagi . petang akan rasa mengantuk dan saya akan tidur dengan nyenyak tanpa terjaga .
Hello Mimi. Elakkan dari tidur waktu petang, sebab itu akan menyebabkan anda sukar tidur pada waktu malam.