Macamana medical card dapat bantu pesakit saya mendapatkan rawatan dengan cepat

Macamana medical card dapat bantu pesakit saya mendapatkan rawatan dengan cepat dari doktor pakar yang mereka mahukan.

Ini adalah real case scenario yang saya hadapi sewaktu memberikan rawatan kepada klien saya dalam kes masalah kesuburan.

Sewaktu “visiting consultant” kami, Prof Dr. Hamid Arshat datang untuk memberikan konsultasi kepada 40 pasangan yang mengalami masalah kesukaran untuk mengadung, saya dapati mereka yang mempunyai medical card dapat mempercepatkan proses rawatan lanjutan yang diperlukan di hospital swasta.

Jika tidak mempunyai medical card, pilihan yang ada ialah rawatan di hospital kerajaan yang akan mengambil masa beberapa bulan sebelum dapat berjumpa doktor pakar atau membayar bil hospital dengan cara tunai.

Kes yang sering dijumpai sewaktu konsultasi ialah endometriosis pada isteri pasangan dan perlukan “laparoscopic surgery” sebagai pemeriksaan lanjutan dan rawatan. Klien perlu dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan tersebut.

Jadi kalau ada kawan-kawan ajen takaful yang datang offer medical card, sila dengar dan jangan halau mereka.

Dengan adanya medical card, ia juga boleh digunakan sewaktu kecemasan.

*Saya bukan ajen medical card*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *