Keadaan-keadaan luka yang biasanya berlaku selepas sunat / khatan.
(A) Keadaan luka yang normal
Terdapat cecair warna kekuningan yang seakan-akan nanah berlaku pada kawasan luka zakar. Ini adalah perkara biasa yang berlaku. Perlu keringkan bahagian luka untuk penyembuhan yang lebih cepatPengumpulan keruping pada kawasan luka. Jangan kopek atau cuci dengan “kasar” sebab ianya akan tertanggal sendiri selepas beberapa hariBengkak adalah perkara biasa selepas sunat. Ianya akan surut selepas 5 hari dan keatasTerdapat keruping hitam pada sekitar kawasan luka sunat Salah satu contoh keadaan luka yang sangat bersih dan terjagaKeruping (masih dalam keadaan lembab) dan terdapat pendarahan yang minimal. (Jika pendarahan terjadi, berikan tekanan pada kawasan yang berdarah selama 5 minit)Keadaan luka sunat berkeruping dan belum kering sepenuhnya
B) Keadaan luka sunat TIDAK NORMAL dan perlu jumpa balik dengan doktor untuk review luka sunat
Jahitan luka terbuka dan perlu review luka sunat dan cantumkan kembali kawasan luka yang terbukaBenang luka terbuka dan perlu dijahit balikMeskipun luka sunat agak bersih tetapi luka tidak bercantum dengan sempurna. Ianya perlu dijahit semula.
Sekiranya anda tidak pasti adakah luka sunat normal ataupun tidak, pastikan anda ada followup di tempat anda melakukan sunat tersebut.
Sunat kanak-kanak yang bernombor ke-2000. Berumur 4 tahun, sangat tenang dan bagi kerjasama ketika disunat. Tahniah adik! Semoga menjadi anak yang soleh dan bermanfaat kepada masyarakat kelak 🤗🙏 Mencari tempat terbaik untuk sunatkan anak lelaki anda di area Kota Kinabalu? Hubungi kami melalui whatsapp untuk buat appointment terlebih dahulu.
Selama saya melakukan sunat untuk lelaki dewasa di Negeri Sabah, saya jumpa ramai lelaki Muslim dewasa yang terpaksa buat semula sunat (khatan), walaupun pernah bersunat cara kampung sewaktu mereka kanak-kanak. Ini kerana, “sunat kampung” yang pernah mereka lalui bukanlah sunat atau khatan yang dikira sah menurut hukum syarak dan perubatan, tetapi hanyalah satu ritual yang…
Keguguran adalah salah satu pengalaman yang sangat menyedihkan dan sukar untuk dilalui. Ia sangat biasa berlaku, tetapi jarang dibincangkan secara terbuka. Jika anda sedang menghadapi masa sukar ini, dengan memahami apa yang mungkin menyebabkan keguguran pada peringkat awal kehamilan mungkin dapat memberikan sedikit ketenangan. Berikut adalah tujuh punca biasa yang mungkin boleh menjadi penyebabnya. 1….
Memandangkan banyak ibu-ibu yang mencari tempat sunat / khatan bayi perempuan di kawasan Kota Kinabalu, jadi tahun ini kami masukkan khatan bayi perempuan di dalam senarai perkhidmatan di klinik. Untuk khatan bayi perempuan, anda tidak perlu membuat temujanji kerana prosedurnya sangat cepat dan mudah. Prosedur boleh dilakukan dalam 15 minit atau kurang. Untuk pertanyaan lanjut…
Tahniah kepada adik² yang berjaya bersunat minggu ini dan minggu lalu! Semoga luka sunat cepat sembuh ya. Klinik Sabah menyediakan servis sunat tidak bermusim kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Maksudnya, anda boleh membuat temujanji pada bila-bila masa sahaja. Hubungi kami melalui whatsapp untuk keterangan lanjut!
Oleh kerana ramai betul jejaka hensem dan pemalu yang tidak selesa datang ke klinik untuk bersunat, maka dengan ini kami akan memulakan semula sunat di luar klinik selepas dua tahun tergendala akibat pandemik. Sunat boleh dilakukan samada di rumah atau di hotel yang berdekatan dengan klinik.Adalah lebih bagus jika tempat bersunat tu dalam lingkungan 10km…
28 Comments
Terdapat keruping hitam pada sekitar kawasan luka sunat .
Apa perlu buat?anak 3thn,sunat pada hari 26/04/24.
Macam mana saya perlu bersihkan dia?
Thank you
Assalamualaikum Dr nak tanya ape punca kesan lebam tepi kemaluan ank ye.. sebb siabang takde.. dorng sunat 30/5 hritu.. sya perasan masa lepas sunat.. lepastu harini mkin lebam n anak kata sakit sket.. tapi tak bngkak,tak nanah n tak merah.. sya risau
Boleh bersihkan dengan cecair antiseptik seperti dettol pada kawasan luka dan mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut jika masih belum sembuh.
Kadang2 luka boleh berdarah sedikit selepas mandi atau berendam. Boleh gunakan tisu atau gauze untuk tekan kawasan yang berdarah tersebut supaya darah berhenti.
anak sy br bersunat 27/01. anak sy fimosis. sy buat rendaman air suam + garam n kuning2 tu kembang. sy cuci sikit n ada berdarah sikit. pastu skrg kepala zakarnya jd merah sgt. normal ke dr? sepatutnya boleh cuci ke tak? brapa lama nak sembuh ya?
Waalaikum salam. Ya, ia adalah agak biasa untuk anak yang ada fimosis selepas bersunat. Ya, ia perlu dicuci dengan cecair antiseptik atau normal saline sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Ia boleh ambil beberapa minggu untuk sembuh.
pastu anak sy selalu akan keluar sikit darah pd kesan jahitan selepas buang air kecil. sekeliling kawasan jahitan juga ada kesan darah kering. adakah darah kering dan scab akan tanggal sndr nanti? sy cuma spray dgn hydrocyn aqua spray dan biarkan kering sj. anak x bg dab pn sbb bila dab dgn tisu, scab yg melekat pd kepala zakar akan tertarik dan sakit.
Hi Dr ,boleh ke cuci luka berkhatan dengan saline 0.9% atau,memang x boleh terkena air langsung ?
Luka anak saya mula berair dan membentuk seakan warna kuning di keliling
Sebelum ni,hanya pakai cmc ointment yg dibekal kan sahaja
Hari ni dah masuk hari ke 4 berkhatan
Doc,anak sy sunat 29/1..sekarang luka sudah kering,5/2 dan 6/2 sy rendam anak sy dlm bekas utk kasi keruping tertanggal..tp tidak sepenuhnya tertanggal..sekarang ada nampak mcm ada gelembung air pada bahagian atas bird2..luka dh keing boleh jd nanah ke?? Risau pulak..
Selalunya kalau nanah, anak akan mengadu sakit pada bebird dia dan bengkak, merah. Kalau dia tak rasa sakit, boleh tidur malam dengan nyenyak, selalunya bukan nanah.
Assalamualaikum dr, ank sy sunat pada 30.12..hari ni hari ke5 lepas kencing, sy jirus dgn air pada bebird dia. Lepas tu, tiba2 dah keluar tandas ada darah menitik sikit pada lantai. Normal ke tu dr? Atau sebab sy letak air pd bebird dia td tu? Satu lg, ank sy takut nk kencing sampai sy kena paksa dia ke tandas. Sehari dia cuma kencing 2 kali saja. Takpa ke mcmtu dr..
waalaikum salam. Kalau darah dah berhenti, ok. Kalau tak berhenti, mungkin kena bawa jumpa semula dengan doktor untuk buat pemeriksaan. Boleh pesan dengan anak untuk jangan tahan kencing dan kencing macam biasa.
Dr, anak sy dah 10 hari sunat tp masih lg ade gelembung pelampung tu… Adakah normal? Apa yg perlu sy buat utk surutkan helembung pelampung tu… Bile sy tekan die lembik2 seperti ade air…
Salam Pn. Yuna,
Gelembung pelampung selalunya normal jika anak tidak rasa sakit dan boleh tidur malam dengan selesa. Ia akan surut juga selepas beberapa minggu
Terdapat keruping hitam pada sekitar kawasan luka sunat .
Apa perlu buat?anak 3thn,sunat pada hari 26/04/24.
Macam mana saya perlu bersihkan dia?
Thank you
Boleh gunakan kapas yg dicelup dengan cecair pencuci seperti dettol dan sapu pada kawasan luka. Selepas itu, biarkan ia kering.
Assalamualaikum Dr nak tanya ape punca kesan lebam tepi kemaluan ank ye.. sebb siabang takde.. dorng sunat 30/5 hritu.. sya perasan masa lepas sunat.. lepastu harini mkin lebam n anak kata sakit sket.. tapi tak bngkak,tak nanah n tak merah.. sya risau
Waalaikum salam. Selalunya ia adalah kesan daripada proses sunat yang mana ada darah meresap di bawah kulit. Lama kelamaan ia akan hilang juga.
Luka sunat anak sy die macam basah benanah bagian bawah, bengkak pula , macam mne nak bersihkan ? anak sy sunat tanggal 3 bulan juni
Boleh bersihkan dengan cecair antiseptik seperti dettol pada kawasan luka dan mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut jika masih belum sembuh.
Doc nk tnya , normal ke waktu malam ank rasa sakit . Mlm ke 3 .. bila tgk ank punya menegang . Punca itu ke dia sakit? TQsm doc
Ya, ia adalah perkara biasa yang boleh berlaku. Boleh bagi dia minum ubat paracetamol sebelum tidur untuk mengurangkan kesakitan.
Doc kenpa lepas, mandi dan berendam luka berdarah semula? Adakah sebab dari darah yg kering tu?
Kadang2 luka boleh berdarah sedikit selepas mandi atau berendam. Boleh gunakan tisu atau gauze untuk tekan kawasan yang berdarah tersebut supaya darah berhenti.
Alhamdulillah mcm tu ye doc. Baik-baik tq doc .
Salam doktor,bengkak tu biasanya bila boleh surut? Anak 8 tahun sunat clamp sudah hari ke3 lepas bukak clamp.
Waalaikum salam. Selalunya boleh ambil beberapa minggu. Tak mengapa juga kalau tak rasa sakit.
assalamualaikum dr.
anak sy br bersunat 27/01. anak sy fimosis. sy buat rendaman air suam + garam n kuning2 tu kembang. sy cuci sikit n ada berdarah sikit. pastu skrg kepala zakarnya jd merah sgt. normal ke dr? sepatutnya boleh cuci ke tak? brapa lama nak sembuh ya?
Waalaikum salam. Ya, ia adalah agak biasa untuk anak yang ada fimosis selepas bersunat. Ya, ia perlu dicuci dengan cecair antiseptik atau normal saline sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Ia boleh ambil beberapa minggu untuk sembuh.
pastu anak sy selalu akan keluar sikit darah pd kesan jahitan selepas buang air kecil. sekeliling kawasan jahitan juga ada kesan darah kering. adakah darah kering dan scab akan tanggal sndr nanti? sy cuma spray dgn hydrocyn aqua spray dan biarkan kering sj. anak x bg dab pn sbb bila dab dgn tisu, scab yg melekat pd kepala zakar akan tertarik dan sakit.
Hi Dr ,boleh ke cuci luka berkhatan dengan saline 0.9% atau,memang x boleh terkena air langsung ?
Luka anak saya mula berair dan membentuk seakan warna kuning di keliling
Sebelum ni,hanya pakai cmc ointment yg dibekal kan sahaja
Hari ni dah masuk hari ke 4 berkhatan
Ya, boleh dicuci dengan normal saline. Cecair kekuningan itu adalah biasa untuk anak-anak selepas khatan. Perlu pastikan yang luka sentiasa kering.
Doc,anak sy sunat 29/1..sekarang luka sudah kering,5/2 dan 6/2 sy rendam anak sy dlm bekas utk kasi keruping tertanggal..tp tidak sepenuhnya tertanggal..sekarang ada nampak mcm ada gelembung air pada bahagian atas bird2..luka dh keing boleh jd nanah ke?? Risau pulak..
Selalunya kalau nanah, anak akan mengadu sakit pada bebird dia dan bengkak, merah. Kalau dia tak rasa sakit, boleh tidur malam dengan nyenyak, selalunya bukan nanah.
Doktor,bengkak seperti tayar tu bila akan surut ya?ank saya hari ke 8 dah.
Selalunya ambil masa beberapa minggu untuk surut.
Kalau itu bengkak berwarna hitam biasa kh tu doc?
Ya, ia adalah keadaan yang agak biasa selepas sunat.