6 jenis jerawat yang anda perlu tahu
1) Whiteheads/bintik putih
Jerawat jenis ini biasanya terjadi apabila lapisan kulit mati atau sebum menutupi dan menyumbat pori-pori dan menyebabkan gumpalan putih di permukaan kulit.
2) Blackheads/bintik hitam
unca jerawat ini adalah kerana folikel rambut yang terbuka tersumbat dengan sebum (minyak semula jadi yang dihasilkan di lapisan kulit) dan sel-sel kulit yang mati.
3) Papules/papula
Jerawat ini merupakan jerawat yang bertimbul di bawah permukaan kulit dan ia tidak mengandungi nanah. Ia dilihat seperti gigitan nyamuk yang bersifat bintik merah kecil tetapi tidak nampak nanahnya.
4) Pustules/pustula
Merupakan jerawat akbit peradangan pada kulit yang muncul sebagai benjolan merah dan bernanah.
5) Nodules/nodul
Pada peringkat awal, individu ini akan merasakan kesakitan di satu kawasan sahaja dan tidak dapat berasa benjolan tersebut. Jerawat nodul yang kronik akan menyebabkan trauma yang lebih besar pada kulit dan berisiko untuk menjadi semula walaupun sudah kecut. Ia juga dikenali sebagai jerawat batu.
6) Cyst
Jerawat jenis ini juga dikenali sebagai jerawat batu tetapi diklasifikasikan sebagai jenis yang lebih teruk. Iamengandungi cecair atau nanah dan bersifat lebih lembut semasa ditekan yang mana ianya akan pecah dan senang terdedah pada jangkitan kulit. Selepas ia pecah, cecair yang lendir akan menjejaskan kulit di sekeliling dan jerawat akan tersebar ke kawasan lain.

Semoga info ini bermanfaat!
One thought on “Jenis-jenis jerawat yang anda perlu tahu”