Implikasi “sunat kampung” lelaki Muslim di Sabah yang tidak sempurna dari segi agama dan perubatan

Selama saya melakukan sunat untuk lelaki dewasa di Negeri Sabah, saya jumpa ramai lelaki Muslim dewasa yang terpaksa buat semula sunat (khatan), walaupun pernah bersunat cara kampung sewaktu mereka kanak-kanak.

Ini kerana, “sunat kampung” yang pernah mereka lalui bukanlah sunat atau khatan yang dikira sah menurut hukum syarak dan perubatan, tetapi hanyalah satu ritual yang dilakukan oleh imam kampung.

“Sunat kampung” yang mereka lalui hanyalah satu torehan kecil pada permukaan kulit zakar yang tidak langsung memotong kulit kulup yang menutup kepala zakar.

Oleh itu, implikasi sunat kampung ini sangat besar dari perspektif agama Islam, kerana menurut hukum syarak, sunat atau khatan yang sempurna mestilah kulit kulup yang menutup hasyafah dibuang.

Apabila kulit zakar hanya ditoreh sahaja sewaktu sunat kampung, maka kulit kulup sebenarnya tidak dibuang. Ini akan menyebabkan hasil sunat kampung adalah sama sahaje seperti tidak bersunat.

Ia akan menyebabkan mereka tidak dapat bersuci dengan sempurna kerana masih ada air kencing yang bertakung di dalam kulit kulup. Oleh itu, ibadah yang dilakukan seperi solat, haji dan umrah mungkin tidak sah akibat tidak sempurna bersuci.

Dari segi perubatan pula, mereka yang bersunat kampung juga mempunyai risiko yang sama dengan mereka yang tidak bersunat. Mereka berisiko mendapat jangkitan kelamin, jangkitan pada kulit kulup dan kepala zakar, kesukaran untuk membersihkan smegma (palat/keputihan) di dalam kulup dan masalah bau yang tidak menyenangkan.

Mereka juga boleh mendapat phimosis, paraphimosis dan luka frenulum yang kronik sekiranya mereka sudah berkahwin dan aktif dalam hubungan seksual.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk lelaki Muslim dewasa di Negeri Sabah ini untuk berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan, supaya mereka boleh dapatkan rawatan lanjut untuk bersunat semula.

Jika anda ada pertanyaan mengenai sunat/khatan, anda boleh hubungi pihak klinik disini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *