Dengan rasa sedih dan rendah hati, kami ingin maklumkan yang Founder (pengasas) Klinik Sabah, Datuk Dr Richard Brendan Barrow telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya pada 3 Disember 2023 yang lalu.

Klinik swasta yang membantu masalah kesihatan anda di Kota Kinabalu, Sabah
Dengan rasa sedih dan rendah hati, kami ingin maklumkan yang Founder (pengasas) Klinik Sabah, Datuk Dr Richard Brendan Barrow telah pergi meninggalkan kami selama-lamanya pada 3 Disember 2023 yang lalu.

Puasa berselang-seli (IF) ialah corak pemakanan yang melibatkan tempoh makan dan puasa berselang-seli. Ia telah mendapat populariti sebagai strategi penurunan berat badan, kerana ia telah ditunjukkan untuk meningkatkan penurunan berat badan dan meningkatkan kesihatan keseluruhan. Dalam artikel ini, kami akan meneroka tujuh langkah untuk berjaya menurunkan berat badan dengan berpuasa sekejap.

Kesimpulannya, Puasa berselang adalah alat penurunan berat badan yang berkuasa yang boleh membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan anda. Dengan mengikuti tujuh langkah ini, anda boleh berjaya!
Selain medical check up untuk pemeriksaan status kesihatan yang biasa, Klinik Sabah juga ada menyediakan jenis medical check up seperti berikut:
1) Pre-employment medical check up untuk badan kerajaan & swasta
2) Medical check up untuk kemasukan ke sekolah/ universiti/ institusi pengajian awam & swasta
3) Medical check up untuk GDL (JPJ)
4) Medical check up untuk SCUBA divers (recreational scuba diving)
5) Medical check up untuk pengendali makanan (pihak penguasa/ kerajaan tempatan)

Ada pertanyaan? Boleh hubungi kami di:
088-254 190
whatsapp Klinik Sabah
Lokasi:
Klinik Sabah, 8 Jalan Pantai, Tingkat 1, 88000 Kota Kinabalu, Sabah(Kami di tingkat 1 Hong Leong bank. Pintu masuk ke klinik : Pintu kaca ditepi bangunan hong leong bank yang menghadap bangunan lama Maybank)
Klinik Sabah bukan buat sunat sahaja, ada banyak lagi jenis perkhidmatan yang kamu boleh dapatkan disini. Boleh rujuk Senarai perkhidmatan yang ada di Klinik Sabah.
Continue reading “Senarai Perkhidmatan Terkini di Klinik Sabah”
Menarik malam ini: Isu Anak Luar Nikah. Bila anak tu perlu tau?
Jangan lupa malam ini kita ada sesi kupi-kupi bersama Aktivis Kanak-Kanak, Tuan Syed Azmi Alhabshi. Khamis, 21 Oktober 2021 jam 8.30 malam di Facebook page Klinik Sabah, ok? 😀

Makluman kepada semua klien Klinik Sabah
Klinik tutup pada hari Sabtu (28 Ogos 2021) bagi memberi laluan kepada pihak klinik untuk menjalankan proses sanitasi dan nyahkuman di dalam klinik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui facebook Klinik Sabah. Pertanyaan anda akan dilayan secepatnya dan sebaik mungkin.
Sila jaga diri dan ikut SOP dimana sahaja anda berada.
“Saya jeles lah kenapa dia ni cepat betul tidur. Saya baring lebih 1 jam tapi masih lagi segar!”
Sememangnya tidur ini adalah satu keperluan semua orang agar tubuh badan mampu berfungsi dengan baik pada keesokan hari. Tetapi tahukah anda tidur bukanlah berlaku begitu sahaja? Anda baring terus bermimpi, TAK.
Sebenarnya proses tidur akan melalui beberapa kitaran dan kitaran itu akan berulang-ulang sepanjang anda tidur.
Setiap kitaran ada 2 jenis peringkat iaitu NREM (non-rapid eye movement) dan REM (rapid eye movement). Satu kitaran tidur akan berlangsung dalam sekitar 30 hingga 90 minit.
Selepas satu kitaran tidur habis, akan masuk kitaran baru yang sama. Ianya akan berulang-ulang sepanjang seseorang itu tidur.
Fasa tidur akan dimulai dengan NREM disusuli dengan REM. NREM mempunyai beberapa tahap. NREM juga dikenali sebagai tidur yang tenang manakala REM adalah tidur yang aktif.
Peringkat pertama NREM adalah keadaan tidur dimana anda tidur separa sedar ataupun tidur-tidur ayam. Anda boleh terbangun dengan mudah pada peringkat ini.
Peringkat kedua NREM adalah peringkat dimana anda sudah tidur tapi anda masih lagi ada reaksi terhadap persekitaran namun pernafasan dan denyut jantung semakin teratur.
Peringkat ketiga NREM adalah peringkat dimana tahap kesedaran kita akan jadi lebih kurang. Pada masa ini, seseorang itu sangat sukar dibangunkan dari tidur.
Selepas ketiga-tiga peringkat ini anda akan memasuki fasa REM (rapid eye movement). Semasa fasa REM, mata anda akan bergerak dengan pantas dalam arah yang berbeza semasa anda tidur. Mimpi selalunya berlaku pada fasa REM.
Walaupun tahap kesedaran adalah sangat kurang kurang pada masa ini namun keupayaan otak adalah tinggi. Otak sangat aktif!
Pernahkah anda terasa seolah-olah mendapat jawapan kepada masalah anda hadapi ketika bangun dari tidur?
Ini kerana pada fasa REM, otak kita sangat aktif. Oleh kerana ianya sangat aktif, ia akan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Setiap orang akan melalui fasa tidur yang sama. Iaitu dari NREM kepada REM, dan berulang-ulang. Persoalannya adakah tidur anda itu adalah tidur berkualiti?
Dan kenapa ada masanya anda tidak dapat tidur dengan lena? Boleh baca info seterusnya
Continue reading “Apa sebenarnya yang berlaku semasa tidur?”