Bahaya hamil luar rahim : Risiko dan gejala

Macamana kehamilan luar rahim terjadi?

Kehamilan luar rahim ataupun kehamilan ektopik ini sebenarnya berlaku apabila sel telur yang telah disenyawakan menempel di luar dinding rahim (dimana kebiasannya berlaku pada bahagian tiub fallopion anda).

hamil luar rahim

Biasanya, telur yang sudah disenyawakan mengambil masa 5 hingga 6 hari untuk bergerak dari ovari ke rahim. Namun jika tiub anda mengalami kerosakkan dan menyebabkan ia menyempit atau tersumbat, telur tersebut tidak akan dapat sampai ke destinasi yang sepatutnya (rahim) dan terhenti di situ sahaja. Maka, disini lah terjadinya kandungan luar rahim.

Oleh kerana kawasan tiub tersebut tidak diciptakan untuk menampung tumbesaran janin, rawatan segera perlu dilakukan supaya tidak membahayakan nyawa si ibu.

Siapakah yang lebih berisiko untuk mengalami kehamilan ektopik ini?

Kehamilan ektopik boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tapi ada golongan yang dikatakan lebih berisiko tinggi seperti:

  • Mereka yang ada jangkitan atau pembengkakan akibat luka di bahagian tiub fallopian sehingga ia menghalang embrio (telur yang disenyawakan) itu tidak sampai ke rahim. Ia akan terhenti di kawasan yang bengkak dan mula membesar pada bahagian tersebut.
  • Pernah melakukan pembedahan di bahagian pelvis atau tiub fallopian
  • Si ibu mengalami tumbesaran yang tidak normal ketika lahir hingga membuatkan bentuk tiub fallopian tidak sempurna.
  • Si Ibu menderita penyakit pembengkakan pelvis atau jangkitan di bahagian alat sulit.
  • Pernah mengalami kehamilan luar rahim sebelum ini. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
  • Menggunakan ubat kesuburan
  • Pernah menjalani rawatan kesuburan IVF (in vitro fertilization)
  • Mengandung ketika menggunakan IUD. Atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamila di luar rahim yang sedikit tinggi
  • Si ibu merokok
  • Hamil di usia 35-40 tahun
Apakah pula gejala-gejala kehamilan ektopik ini?

Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah.

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:

  • Haid lewat
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Faraj mengeluarkan darah atau cairan warna coklat. Banyak wanita akan mengadu mereka “hamil tapi haid banyak” dan perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam proses kehamilan normal.
  • Sakit di bahagian hujung bahu
  • Rasa sakit ketika buang air kecil atau air besar
  • Sakit kepala, lemas dan pitam
  • Mual dan muntah. Disertai rasa sakit
  • Perut terasa senak

Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor kerana kehamilan luar rahim ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa.

Bagi wanita yang disahkan mengandung luar rahim doktor akan mengeluarkan kandungan ektopik itu menerusi pembedahan secara laparoskopi atau laparotomi.

Jadi adakah masih berpeluang untuk mengandung secara normal jika pernah hamil luar rahim?

Jawapannya ialah, YA. Boleh mengandung secara normal selepas pembedahan namun ianya bergantung kepada kondisi pesakit tersebut. Jika tidak mengalami kekurangan darah dan pulih daripada pembedahan, anda boleh hamil semula. Dinasihatkan agar melakukan imbasan awal pada kandungan seterusnya supaya kehamilan ektopik boleh dikesan awal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *