8 cara hubungi Klinik Sabah

Contact Klinik Sabah
8 Cara macamana nak hubungi Klinik Sabah
  1. Facebook Page

Boleh ja follow dan like FB Page Klinik Sabah untuk maklumat dan ilmu kesihatan yang kami kongsikan setiap hari. Dr. Ruhaizad selalunya akan buat FB Live pada jam 4 petang setiap hari, Isnin hingga Jumaat, yang mana anda boleh join, dengar dan ambil bahagian.

Ada juga sesi bersama doktor pakar dari KPJ Sabah Specialist Hospital (setiap Jumaat jam 4ptg), sesi Kupi2 Bersama Pakar PSY, Dr. Firdaus Aziz dari Hospital Queen Elizabeth (setiap hari Khamis jam 8.30mlm) dan kadang-kala ada sesi bersama Sunway Medical Center.

Ada juga sesi bersama Nurse Liveah pada setiap Khamis jam 4ptg untuk dia kongsikan update tentang perkhidmatan kami di klinik.

Nak hubungi kami lebih cepat? Whatsapp sahaja ke 010-931 4190 untuk mendapatkan maklumat tentang appoinment, masalah kesihatan, update dan follow-up.

Ada juga Whatsapp catalog, yang mana anda boleh ja browse dan pilih perkhidmatan dan produk kesihatan yang anda ingin dapatkan dari kami. Boleh juga terus membayar secara online supaya senang.

Di sini anda akan dapat update tentang perkhidmatan Klinik Sabah dengan lebih cepat, jika tidak mahu dilalaikan dengan post-post kawan-kawan di Facebook.

Kalau belum lagi subscribe, boleh je subscribe di sini
Insyaallah, Dr. Ruhaizad akan start sesi “Tanya dengan duktur”, konsultasi secara percuma di channel Telegram ini, sekiranya ada banyak permintaan.
Ada ka yang mau bertanya dengan doktor dan dia akan jawab pada sesi Voice Chat session Telegram ini?

Instagram akaun doktor ni pun ada informasi kesihatan. Walaupun tak berapa banyak isi, insyaallah ia akan diperbaiki dan diupdate sentiasa.

Channel ini selalunya Dr. Ruhaizad akan share FB live session yang dirakam semasa FB live, dan kadang-kadang ada juga sesi Youtube Live streaming kalau line internet bagus. Ramai juga yang follow dan komen video di sini berasal dari Indonesia, yang mana diorang jumpa bila ada masalah tentang sunat. Oh, kadang-kadang doktor juga simpan video personal dia di sini.

6. Titktok channel

Yang suka skroll² di tiktok tu jangan lupa follow klinik sabah ya. Walaupun video masih sikit, insyaallah akan ditambah dari semasa ke semasa😉 Jom follow kami disini

Website ini berfungsi untuk memperkenalkan klinik dan perkhidmatan yang ada terutamanya kepada anda yang rajin mengGoogle mencari jalan penyelesaian untuk masalah kesihatan yang anda ada. Ramai juga yang jumpa kami melalui website ini, ada yang dari semenanjung Malaysia, malah ada juga yang berasal dari Indonesia! Oh, kami sedang dalam proses untuk bina online shop di website ni. Nanti bila dah siap, senang sikit nak booking perkhidmatan dari kami di sini.

8. Oldskool style
Fix line: 088-254 190
Fax: 088-264 868

Ok, kalau tiada henpon dan anda masih lagi suka gunakan land line dan fax (ya, masih ramai lagi yang guna ni channel, especially bila teda data), boleh hubungi kami melalui talian di atas. Insyallah, kami akan layan sebaik mungkin. Nah, itu la beberapa channel yang anda boleh gunakan untuk contact kami.😉 Selalunya anda akan dilayan dengan cepat (kecuali di luar waktu pejabat dan hari minggu atau hari cuti umum). Ada lagi cara yang boleh kami add supaya kami boleh bantu anda dengan lebih cepat? Sila komen di bawah. 🤗

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *