5 cara bagaimana anda boleh kurangkan risiko penularan COVID-19 dalam aktiviti harian
Berikutan dengan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia yang makin meningkat, memang kita tidak dapat lari daripada rasa takut dan bimbang. Bimbang akan diri sendiri dan juga ahli keluarga. Apatah lagi mungkin ada ahli keluarga yang berkerja di tempat yang dikhuatiri terdedah dengan COVID-19.
Meskipun rasa bimbang menyelubungi diri, namun anda tidak perlu berasa panik ataupun menyebarkan perkara-perkara berkaitan dengan COVID-19 jika bukan daripada sumber yang dipercayai kerana ianya hanya akan menambahkan lagi kebimbangan anda dan orang sekeliling.
Penularan jangkitan COVID-19 ini adalah sesuatu yang kita tidak dapat jangka kerana simptom-simptom yang dialami bukanlah dapat dirasai ataupun dilihat dengan kadar segera. Namun begitu, kita sebagai orang awam mampu kurangkan risiko penularan COVID 19 dengan beberapa cara yan boleh diamalkan dalam aktiviti harian kita.
1. Meningkatkan tahap kebersihan peribadi dan keluarga
Kerap kali kita lupa untuk mencuci tangan terutamanya tersentuh barang milik orang lain ataupun permukaan objek seperti penghadang eskalator, tombol pintu dan butang lif yang mana permukaan inilah antara permukaan yang paling banyak disentuh oleh orang awam setiap hari.
Oleh itu, perkara pertama yang paling penting anda lakukan sebaik sahaja memasuki rumah ialah mencuci tangan. Jikalau anda berada di luar dalam tempoh masa yang panjang, pastikan anda menggunakan hand sanitizer sekerap yang boleh. Untuk ibubapa, bekalkan anak anda dengan hand sanitizer dan ajar mereka cara untuk mencuci tangan dengan cara yang betul. Anda boleh membaca cara mencuci tangan dengan betul di sini.
Selain itu, pastikan anda mandi sebelum tidur! Kebersihan badan juga perlu dijaga selain daripada mencuci tangan.
Ketika berada di luar, elakkan untuk berjabat tangan/bersalam dengan orang lain. Jadi apabila kawan-kawan anda tidak menerima salam anda, janganlah mengambil hati perasaan kerana ini adalah penting untuk mengurangkan risiko perebakan penyakit berjangkit.
2. Hentikan aktiviti luar yang melibatkan orang ramai (lebih daripada 50 orang)
Jika kita lihat setiap tahun, memang banyak aktiviti tahunan atau pesta perayaan yang diadakan tidak kiralah aktiviti keagamaan di yang diadakan di masjid/gereja/kuil, aktiviti sukan, perhimpunan, karnival muzik dan sebagainya. Tahun ini memang tidak lari daripada program-program seperti sebelumnya. Dan memang seronok jika kita dapat mengikuti mana- mana program seperti ini terutamanya program yang kita suka, namun dengan penularan COVID-19 kita perlu serta-merta membatalkan niat untuk mengikuti program diluar terutamanya program yang melibatkan lebih dari 50 orang.
Lebih baik amalkan social distance buat masa ini. Social distance ini merupakan pendekatan kesihatan awam yang terbukti berkesan untuk mengawal penularan penyakit berjangkit. Namun begitu, keberkesanan social distance ini bergantung kepada setiap individu sama ada betul- betul mengikuti apa yang disarankan ataupun sebaliknya.

Meskipun saranan ini sudah di sebarkan berulang kali dan Perdana Menteri Malaysia sendiri pun telah mengumumkan penangguhan semua perhimpunan, mesyuarat antarabangsa, perarakan dan karnival kebudayaan namun mengikut pemerhatian, masih ramai lagi program dan karnival diteruskan lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah ini.
Oleh itu, adalah disarankan bagi sesiapa yang berhasrat untuk mengadakan program dan karnival dalam waktu terdekat untuk tangguhkan atau batalkan saja niat untuk terus menjayakan program tersebut sebab malang tidak berbau, ada kemungkinan pembawa COVID-19 yang akan menghadiri program tersebut. Jadi kita tidak mahu virus tersebut merebak dengan berleluasa.
Dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang sudah membatalkan/menangguhkan program anda untuk kesihatan orang awam!
3. Batalkan pelan traveling ke luar negeri dan sila duduk di rumah.
Memang kita nampak tiket flight sangatlah murah pada ketika ini, namun janganlah menganggap ini sebagai peluang besar untuk bercuti lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga. Sebab rata-rata jika kita tengok statistik pesakit yang dijangkiti COVID-19, hampir ada di setiap negeri. Jadi lebih baik duduk di rumah daripada mendapat risiko jangkitan virus. Janganlah mengambil mudah saranan yang dikemukan oleh KKM. Utamakan kesihatan daripada bercuti! Jangan kerana tiket yang murah, kesihatan anda tergadai.
4. Amalkan etika yang betul jika tidak sihat
Jika anda ada gejala-gejala seperti batuk, demam atau selesema, pastikan anda mengikuti etika yang betul. Contohnya etika batuk dan bersin yang betul dan cara pemakaian face mask yang betul. WAJIBKAN DIRI anda untuk memakai face mask setiap kali keluar dari rumah untuk mengelakkan diri anda menjangkiti orang lain.
Boleh periksa kedai mana yang ada stock face mask melalui https://wheremymask.com
5. Mohon lakukan ujian saringan jika anda suspek anda ada contact dengan mereka yang dikhuatiri dijangkiti COVID-19
Jika anda rasa diri anda berisiko menghidapi jangkitan COVID-19, anda boleh lakukan ujian saringan risiko secara online di:
https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-test-online
atau jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai COVID-19, hubungi CPRC (Hotline COVID 19) untuk keterangan lanjut.

Adalah disarankan untuk terus ke fasiliti KKM terdekat (klinik/hospital) untuk menjalani ujian saringan. Untuk ujian saringan, ELAKKAN DIRI ANDA UNTUK PERGI KE KLINIK SWASTA kerana kebanyakkan fasiliti swasta tidak mampu menyaring kedatangan PUI (Person under investigation) dengan efektif.
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian klinik kami di 010 – 931 4190


