Tutup mulut apabila batuk
Salah seorang anak perempuan saya memang ada asma. Bila dia kena demam selsema, dia mesti batuk-batuk, dan kadang-kadang sampai termuntah. Jadi, setiap kali dia batuk, saya selalu ingatkan yang dia kena tutup mulut dengan tuala supaya kuman yang sebabkan dia demam selsema tidak berjangkit dengan orang lain.
Dan lagi satu, saya juga kadang-kadang suruh dia sediakan bekas atau mangkuk kecil untuk dia muntah. Lebih mudah untuk urus muntah dia di dalam bekas kecil berbanding muntah yang bertaburan di lantai.
Di sini saya nak share macamana nak hentikan sebaran kuman dari batuk yang boleh sebabkan jangkitan kepada orang lain.
Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila anda batuk dan bersin
atau
Batuk dan bersin pada lengan baju atas, bukan pada tangan.
Buangkan tisu ke dalam tong sampah.
Bersihkan tangan selepas batuk dan bersin.
Cuci tangan dengan air suam dan sabun.
atau
Bersihkan tangan dengan pembersih tangan beralkohol.



