Telinga berdesing atau berdengung. Adakah ianya bahaya?
Masalah telinga berdesing atau berdengung ialah keadaan yang dipanggil sebagai tinitus, iaitu kehadiran bunyi di dalam telinga yang hadir tanpa rangsangan bunyi luar.

Jenis bunyi desingan berbeza bagi setiap individu. Biasanya desingan tersebut seperti bunyi loceng atau lebah yang sedang terbang.
Tinitus boleh berlaku kepada semua peringkat umur.
Kebiasaannya ia dialami oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran atau masalah berkaitan telinga, namun ia juga boleh dirasai di kalangan individu yang mempunyai pendengaran normal.
Punca Tinitus bukan satu penyakit tetapi ia adalah gejala/simptom dari pelbagai penyakit.
Ia boleh terjadi pada mana-mana bahagian sistem pendengaran.
Antara faktor-faktor yang mungkin menyebabkan tinitus ialah:
1) Usia yang sudah lanjut
2) Masalah telinga tengah seperti jangkitan kuman, otosclerosis, gegendang berlubang
3) Penyumbatan tahi telinga
4) Darah tinggi dan arteriosklerosis
5) Pengambilan ubat yang toksik kepada telinga
6) Gangguan kardiovaskular atau saraf
7) Trauma yang teruk atau tekanan yang melampau
Selalunya apa yang akan dibuat di klinik ialah doktor akan memeriksa dahulu keadaan telinga menggunakan otoscope kemudian mengenalpasti simptom atau gejala yang dialami oleh klien.
Selepas itu barulah rawatan yang sesuai diberi berdasarkan pemeriksaan yang telah dilakukan.
Sekiranya anda mempunyai masalah telinga berdesing atau berdengung, segeralah berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak klinik melalui whatsapp (klik sini)
#kliniksabah
