Apa itu Transvaginal ultrasound?

Transvaginal bermaksud melalui vagina.

TVS merupakan singkatan bagi transvaginal ultrasound. Kaedah ini sama seperti transabdominal ultrasound (USG), cuma ianya menggunakan alat imbasan yang berbeza (sama seperti yang ditunjukkan di dalam gambar)

Transvaginal ultrasound

Semasa pemeriksaan, alat pengimbas TVS akan dimasukkan ke dalam vagina secara perlahan dan menggunakan gel. Kemudian imej imbasan keadaan rahim akan terpapar pada skrin.

Jika dibandingkan dengan USG, keputusan diagnosis menggunakan TVS adalah lebih jelas dan tepat.