Perlaksanaan program imunisasi Pneumokokal dari Bajet Belanjawan 2020

Dalam pembentangan bajet Belanjawan 2020 minggu lepas, Menteri Kewangan Malaysia ada buat pengumuman tentang bajet yang telah disediakan untuk perlaksanaan program imunisasi Penumokokal kepada kanak-kanak di Malaysia. Sebanyak RM60 juta telah diperuntukkan untuk menjayakan program ini, yang mana saya rasa ia adalah satu langkah yang bagus bagi mengurangkan risiko jangkitan pneumokokal di kalangan kanak-kanak.

Jangkitan pneumokokal  ialah satu penyakit yang disebabkan oleh kuman bakteria Streptococcus pneumoniae, yang boleh menyebabkan komplikasi yang teruk kepada kanak-kanak sekiranya tidak dirawat dengan cepat. Antaranya ialah radang paru-paru, meningitis – radang pada selaput yang keliling saraf tunjang dan otak, sepsis – jangkitan bakteria dalam darah, sinusitis – jangkitan pada sinus dan otitis media – jangkitan pada telinga tengah.

Pelaksanaan program imunisasi penumokokal

Sekiranya kanak-kanak dijangkiti kuman ini, ia boleh menyebabkan kualiti hidup mereka menurun dan suntikan ini juga dapat juga mengurangkan masalah ketidakhadiran kanak-kanak dalam kalangan murid sekolah dan menjimatkan masa dan kewangan keluarga bagi tujuan rawatan.

Dengan adanya pencegahan penumococcal ini, kerajaan Malaysia juga boleh mengurangkan dan menjimatkan kos rawatan komplikasi penyakit tersebut di hospital-hospital seluruh negara.

Kalau dikira bajet, RM60 juta untuk program tersebut. Jika kos satu suntikan RM100, seramai 600,000 kanak-kanak boleh divaksinasikan. Menteri Kesihatan kata program ini akan dimulakan dengan pemberian vaksin kepada golongan yang kurang mampu dan berpendapatan rendah.

Untuk mereka yang mampu, boleh dapatkan vaksin tersbut dari klinik-klinik swasta yang berdekatan.