Tahniah! Akhirnya Malaysia berjaya landaikan lengkungan (flatten the curve) tetapi…
Kita dah berjaya melandaikan lengkungan (flatten the curve) tetapi kita masih jauh dari kejayaan. Bila kita lihat graf kes aktif COVID-19 harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 10 Mac 2020, memang kita boleh nampak yang lengkungan sudah semakin landai. Ini menunjukkan bahawa pengesanan kes-kes baru COVID-19 semakin berkurang, walaupun jumlah pemeriksaan telah ditambah….