Peringkat-peringkat Tidur. Peringkat mana yang paling nyenyak?

“Saya jeles lah kenapa dia ni cepat betul tidur. Saya baring lebih 1 jam tapi masih lagi segar!”

Sememangnya tidur ini adalah satu keperluan semua orang agar tubuh badan mampu berfungsi dengan baik pada keesokan hari. Tetapi tahukah anda tidur bukanlah berlaku begitu sahaja? Anda baring terus bermimpi, TAK.

Sebenarnya proses tidur akan melalui beberapa kitaran dan kitaran itu akan berulang-ulang sepanjang anda tidur.

Setiap kitaran ada 2 jenis peringkat iaitu NREM (non-rapid eye movement) dan REM (rapid eye movement). Satu kitaran tidur akan berlangsung dalam sekitar 30 hingga 90 minit.

Selepas satu kitaran tidur habis, akan masuk kitaran baru yang sama. Ianya akan berulang-ulang sepanjang seseorang itu tidur.

Fasa tidur akan dimulai dengan NREM disusuli dengan REM. NREM mempunyai beberapa tahap. NREM juga dikenali sebagai tidur yang tenang manakala REM adalah tidur yang aktif.

Peringkat pertama NREM adalah keadaan tidur dimana anda tidur separa sedar ataupun tidur-tidur ayam. Anda boleh terbangun dengan mudah pada peringkat ini.

Peringkat kedua NREM adalah peringkat dimana anda sudah tidur tapi anda masih lagi ada reaksi terhadap persekitaran namun pernafasan dan denyut jantung semakin teratur.

Peringkat ketiga NREM adalah peringkat dimana tahap kesedaran kita akan jadi lebih kurang. Pada masa ini, seseorang itu sangat sukar dibangunkan dari tidur.

Selepas ketiga-tiga peringkat ini anda akan memasuki fasa REM (rapid eye movement). Semasa fasa REM, mata anda akan bergerak dengan pantas dalam arah yang berbeza semasa anda tidur. Mimpi selalunya berlaku pada fasa REM.

Walaupun tahap kesedaran adalah sangat kurang kurang pada masa ini namun keupayaan otak adalah tinggi. Otak sangat aktif!

Pernahkah anda terasa seolah-olah mendapat jawapan kepada masalah anda hadapi ketika bangun dari tidur?

Ini kerana pada fasa REM, otak kita sangat aktif. Oleh kerana ianya sangat aktif, ia akan berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Peringkat-peringkat tidur

Setiap orang akan melalui fasa tidur yang sama. Iaitu dari NREM kepada REM, dan berulang-ulang. Persoalannya adakah tidur anda itu adalah tidur berkualiti?

Dan kenapa ada masanya anda tidak dapat tidur dengan lena? Boleh baca info seterusnya