Bila sempadan negara dibuka dan aktiviti menyelam scuba bermula, kami juga sudah mula menerima masalah kesihatan berkaitan selaman scuba.
Dua minggu lepas kami didatangi oleh pasangan dari UK yang teman wanitanya mengadu sakit-sakit sendi lutut dan sakit kepala yang berterusan, seminggu selepas menyelam scuba di Pulau Sipadan.
Oleh kerana gejala yang beliau alami tidak hilang walaupun telah mencuba merawat diri sendiri, maka beliau datang ke klinik setelah dinasihatkan oleh pusat menyelam yang mereka sertai.
Gejala yang beliau adukan adalah agak biasa untuk para penyelam scuba selepas aktiviti menyelam, terutamanya selepas menyelam lebih dari kedalaman 30 meter. Ia dipanggil “decompression sickness” atau penyakit penyahmampatan adalah keadaan yang boleh berlaku kepada penyelam scuba.
Tiada ubat yang spesifik untuk keadaan ini dan hanya rawatan kebuk penyahmampatan di fasiliti kesihatan tertentu sahaja yang boleh merawat keadaan ini.
Jika anda seorang penyelam scuba dan berasa sakit sendi yang berterusan selama beberapa hari selepas menyelam, adalah lebih baik untuk pergi ke klinik untuk mendapatkan konsultasi.
Boleh hubungi kami di ☎️ 088-254 190 atau melalui whatsapp 📲 010-931 4190
📌 Lokasi: Klinik Sabah, 8 Jalan Pantai, Tingkat 1, 88000 Kota Kinabalu, Sabah (Kami di tingkat 1 Hong Leong bank. Pintu masuk ke klinik : Pintu kaca di tepi bangunan hong leong bank yang menghadap bangunan lama Maybank)
Google maps / waze : https://maps.app.goo.gl/KCM399m4bmWKoSgEA