Terjumpa Benjolan di Payudara? Apa yang Boleh Buat untuk Kurangkan Kebimbangan

Okay ladies, bayangkan korang tengah check payudara masa mandi, tiba-tiba rasa sesuatu—ada benjolan di payudara. Pertama sekali: jangan panik. Senang je cakap, kan? Tapi percayalah, bila terjumpa benjolan, tak semestinya sesuatu yang buruk berlaku.

Kalau korang dalam usia subur, ada banyak sebab kenapa korang mungkin rasa benjolan, dan kebanyakannya tak bahaya pun. Tapi ya, bila jumpa benda yang tak biasa agak merisaukan, kan? Jom kita tengok apa yang korang boleh buat untuk handle situasi ni dengan tenang dan apa langkah yang boleh diambil untuk kurangkan kebimbangan.

Langkah 1: Rilex, Tarik Nafas Dulu!

Sebelum fikiran korang mula fikir benda yang bukan-bukan, tarik nafas dalam-dalam. Banyak benjolan, terutamanya untuk wanita muda, adalah benign (bukan kanser). Perubahan hormon sepanjang kitaran haid, kehamilan, atau menyusukan anak boleh menyebabkan benjolan sementara. Malah, stres atau diet pun boleh buat badan korang pelik sikit. Jadi, jangan cepat buat kesimpulan dulu.

Langkah 2: Rasa dan Perhatikan

Tak semua benjolan sama. Bila korang dah jumpa satu, cuba rasa dan tengok ciri-cirinya:
– Lembut ke keras?
– Boleh bergerak-gerak tak bila sentuh? (Ketulan benign biasanya rasa macam boleh gerak)
– Rasa sakit atau tak rasa apa-apa?

Walaupun korang nak tahu apa benda benjolan tu, jangan kerap sangat tekan-tekan. Ia takkan bagi jawapan dan cuma akan buat korang lebih risau.

Langkah 3: Perhatikan Kitaran Haid Korang

Tisu payudara berubah-ubah sepanjang kitaran haid. Kadang-kadang, benjolan boleh muncul sebelum haid dan hilang lepas tu. Ini mungkin berkaitan dengan sesuatu yang dipanggil fibrosistik, yang biasa berlaku untuk wanita usia subur.

Apa yang korang boleh buat ialah tunggu sampai lepas haid dan tengok kalau benjolan tu berubah atau hilang. Kalau hilang, mungkin sebab perubahan hormon je. Tapi kalau masih ada, masa untuk ambil langkah seterusnya.

Langkah 4: Buat Temu Janji dengan Doktor

Kalau benjolan tu masih ada lepas kitaran haid atau buat korang rasa tak sedap hati, terus je buat temu janji dengan doktor. Memang normal untuk rasa gementar, tapi ingat, korang ambil langkah yang betul dengan bersikap proaktif. Doktor mungkin akan buat pemeriksaan fizikal dan mungkin akan minta buat ultrasound atau mamogram untuk lihat lebih dekat.

Jangan rasa segan nak tanya atau bincang. Doktor biasa hadapi benda macam ni, dan mereka ada untuk tolong korang.

Langkah 5: Bercakap dengan Seseorang

Rasa risau tu normal, tapi tak perlu simpan sorang-sorang. Bercakap dengan pasangan, kawan rapat, atau mungkin ibu atau adik-beradik perempuan korang. Kadang-kadang, bila korang luahkan kata-kata “Saya jumpa benjolan” tu, ia akan buat beban tu rasa lebih ringan.

Langkah 6: Ingat, Kebanyakan Ketulan Bukan Kanser

Ini fakta: kebanyakan ketulan di payudara adalah benign, terutamanya untuk wanita muda. Sista, fibroadenoma, dan keadaan tak bahaya lain adalah lebih biasa daripada kanser. Walaupun doktor minta buat ujian lanjut, itu tak bermaksud korang hadapi sesuatu yang teruk. Korang cuma ambil langkah yang perlu untuk pastikan diri sihat—itu yang paling penting.

Kesimpulannya?

Jumpa benjolan di payudara boleh jadi sangat menakutkan, tapi jangan biarkan fikiran korang terus fikir benda yang bukan-bukan. Tarik nafas, perhatikan kitaran haid, dan kalau masih risau, jumpa doktor. Korang ambil alih kesihatan sendiri, dan itu yang terbaik korang boleh buat. Ingat, korang tak keseorangan—cakap dengan seseorang yang korang percaya, dan jangan takut untuk dapatkan pemeriksaan.

Adakah semua ketumbuhan di payudara itu kanser?

Adakah semua ketumbuhan di payudara itu kanser?

kanser payudara

Wanita dinasihati untuk melakukan pemeriksaan payudara secara berkala supaya dapat mengenalpasti keabnormalan yang berlaku pada payudara anda masing-masing. Namun jika anda terasa macam terdapat benjolan pada payudara ketika membuat pemeriksaan sendiri, JANGAN PANIK!

Sebab tidak semua benjolan pada payudara itu adalah kanser. Ada banyak sebab kenapa terjadinya benjolan atau ketumbuhan pada payudara. Antara penyebabnya ialah:

1. Fibroadenoma

Satu jenis ketumbuhan yang sering berlaku di kalangan wanita yang berusia di bawah 30 tahun. Ketumbuhan ini biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara

2. Fibroadenosis

Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadang-kadang pesakit akan merasa tidak selesa kerana sakit dan saiznya pula berubah mengikut kitaran haid

3. Galactole

Bengkak yang selalunya terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Ia juga dipanggil sebagai bengkak susu

4. Breast cyst

Benjolan yang lembut dan boleh ditemui di kalangan semua umur pesakit

5. Kanser payudara

Satu keadaan dimana benjolan tidak disertai dengan kesakitan di payudara pada awalnya. Sesetengah pesakit akan mengalami perubahan pada kulit payudara seperti kemerahan, tegang dan kelihatan tertarik seperti lesung pipit

Jika anda terjumpa seperti benjolan ketika membuat pemeriksaan payudara sendiri namun sukar mengenalpasti samada ianya berbahaya ataupun cuma benjolan biasa, segeralah berjumpa dengan doktor di mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat.

Jagalah kesihatan diri sendiri sepertimana anda menjaga kesihatan orang yang anda sayang, ok!😊

#kliniksabah

Bagaimana rupa dan rasa kanser payudara (Kenali 12 tanda-tanda awal)

Adakah anda terasa seperti ada perubahan pada payudara anda? Mungkin rupa dan bentuknya tidak sama dan agak berlainan daripada bentuk sebelumnya. Namun, sebelum membuat kesimpulan, adalah lebih baik jika anda tahu macamana kanser payudara terjadi dan apakah rupa dan rasa tanda-tanda awal yang biasanya dialami.

breast cancer awareness

Bagaimana kanser payudara terjadi

Secara ringkasnya, kanser atau barah payudara ini terjadi apabila sel-sel di dalam payudara tumbuh tanpa kawalan. Selalunya sel ini akan membentuk tumor dan hanya boleh dilihat melalui x-ray ataupun anda akan rasa ianya seperti benjolan sahaja. Apabila ianya tumbuh tanpa kawalan, ia akan terus berkembang melalui proses pembahagian dan seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa kanser payudara ini selalunya terjadi pada wanita, namun lelaki juga boleh mendapat kanser ini. Oleh itu ianya amat penting untuk anda tahu apakah tanda-tanda awal kanser payudara supaya dapat dikawal dan tidak merebak.

Berikut adalah ringkasan tanda-tanda awal yang anda akan rasa pada payudara anda
Simptom-simptom awal kanser payudara
12 simptom-simptom awal kanser payudara

Untuk pemeriksaan payudara, adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan sendiri di rumah sebelum anda datang berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. Untuk pemeriksaan sendiri di rumah, anda boleh tonton video ini untuk langkah yang paling mudah untuk buat pemeriksaan payudara sendiri di rumah.

Namun begitu, tidak semua perubahan menunjukkan perkara yang tidak normal. Mungkin itu hanyalah ketulan biasa. Jika tidak hilang, sila berjumpa dengan mana-mana klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber:

https://www.knowyourlemons.com

https://my.theasianparent.com/kanser-payudara

https://sinar.my/viral/inspirasi/faktor-dan-tanda-awal-kanser-payudara

http://www.myhealth.gov.my/kanser-payudara/

http://h.usm.my/index.php/en/isusemasa-bestari/885-simtom-bestari

Mau belajar cek payudara sendiri dari nurse terlatih?

Klinik Sabah Open Day kembali lagi untuk bulan April ini.

Untuk sumandak dan cik adik comel yang ingin mendapatkan pemeriksaan payudara percuma oleh Jururawat terlatih kami, bolehlah datang beramai-ramai bersama ahli keluarga dan kawan-kawan.

Boleh juga belajar bagaimana melakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah selepas ini. Diorang akan ajar cara mudah melakukannya.

Luangkan masa untuk datang pada hari Sabtu ini, 13 April 2019 dari jam 8pg hingga 1tgh. Kami masih lagi fokus pada kesihatan wanita.

Nak buat pap smear? Pun bole bah…

Doc, apa saya nak buat kalau terasa ada benjolan pada payudara saya?

Mungkin anda terjumpa benjolan dengan tidak sengaja waktu mandi atau sewaktu melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan.

Jika terasa ada benjolan, jangan panik. Periksa benjolan tersebut lebih teliti. Cuba rasa:
1. Sama ada ia sakit atau tidak
2. Berapa besar saiz benjolan tersebut
3. Adakah ia “mobile” atau mudah bergerak-gerak di bawah kulit
4. Adakah benjolan itu melekat dengan kulit
5. Adakah puting mengeluarkan cecair?

Jika tidak pasti, pergi berjumpa dengan jururawat atau doktor untuk periksa benjolan tersebut dengan teliti. Ada kemungkinan ia adalah benjolan yang biasa, tetapi jika benjolan tersebut berubah, adalah lebih baik untuk dibuat pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound dan mammogram.

Sempena dengan Open Day Klinik Sabah pada hari Sabtu ini, 13 April 2019, pemeriksaan fizikal payudara oleh jururawat terlatih kami adalah percuma. Sila datang dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari dengan kawan-kawan dan saudara mara untuk dapatkan perkhidmatan ini.

Mencegah lebih baik dari merawat kan?