Kelmarin ada seorang klien yang datang ke klinik, mengadu yang telinga sebelah kiri beliau tidak dapat mendegar dengan jelas. Beliau “suspect” yang telinga kiri beliau dipenuhi dengan “earwax” tahi telinga, dan pendengaran bertambah teruk apabila ada air masuk ke telinga selepas mandi.
Bila diperiksa, lubang telinga beliau penuh dengan tahi telinga yang menutupi hampir kesemua lubang telinga.

Selepas telinga beliau dicuci dengan cara “ear syringing”, telinga beliau bersih kembali, sama seperti telinga sebelah kanan beliau.

Tips: Jangan gunakan putik kapas untuk korek telinga dengan tujuan membersihkan tahi telinga. Ia boleh mencederakan telinga dan boleh juga menolak tahi telinga lebih jauh ke dalam. Lapkan dengan tisu atau kain yang bersih dari luar lubang telinga sahaja, tak perlu cuci yang di dalam.
Tahukah anda yang tahi telinga adalah salah satu “protection mechanism” untuk lubang telinga dari dimasuki serangga?
#kliniksabah