Adakah semua ketumbuhan di payudara itu kanser?
Wanita dinasihati untuk melakukan pemeriksaan payudara secara berkala supaya dapat mengenalpasti keabnormalan yang berlaku pada payudara anda masing-masing. Namun jika anda terasa macam terdapat benjolan pada payudara ketika membuat pemeriksaan sendiri, JANGAN PANIK!
Sebab tidak semua benjolan pada payudara itu adalah kanser. Ada banyak sebab kenapa terjadinya benjolan atau ketumbuhan pada payudara. Antara penyebabnya ialah:
1. Fibroadenoma
Satu jenis ketumbuhan yang sering berlaku di kalangan wanita yang berusia di bawah 30 tahun. Ketumbuhan ini biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara
2. Fibroadenosis
Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadang-kadang pesakit akan merasa tidak selesa kerana sakit dan saiznya pula berubah mengikut kitaran haid
3. Galactole
Bengkak yang selalunya terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak. Ia juga dipanggil sebagai bengkak susu
4. Breast cyst
Benjolan yang lembut dan boleh ditemui di kalangan semua umur pesakit
5. Kanser payudara
Satu keadaan dimana benjolan tidak disertai dengan kesakitan di payudara pada awalnya. Sesetengah pesakit akan mengalami perubahan pada kulit payudara seperti kemerahan, tegang dan kelihatan tertarik seperti lesung pipit
Jika anda terjumpa seperti benjolan ketika membuat pemeriksaan payudara sendiri namun sukar mengenalpasti samada ianya berbahaya ataupun cuma benjolan biasa, segeralah berjumpa dengan doktor di mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat.
Jagalah kesihatan diri sendiri sepertimana anda menjaga kesihatan orang yang anda sayang, ok!
#kliniksabah