Sebab pertama ialah dengan adanya medical card, anda boleh elakkan dari menunggu lama untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan seperti CT scan, MRI atau rawatan penyakit yang boleh mengambil masa sehingga 3-4 bulan.
Dengan adanya medical card, anda boleh dapatkan rawatan di hospital swasta dengan cepat dan dapat mengelakkan dari menunggu lama untuk rawatan yang sama di hospital kerajaan.
Sebab kedua ialah dengan membayar yuran kad perubatan setiap bulan, anda boleh tolak perbelanjaan yuran tersebut untuk claim cukai pendapatan dengan LHDN.
Dengan adanya medical card, anda boleh elakkan dari berada dalam keadaan kesempitan kewangan sekiranya anda jatuh sakit dan perlukan rawatan yang memerlukan perbelanjaan yang besar untuk rawatan.