Kenapa saya suggest untuk jemaah umrah ambil suntikan influenza sebelum berangkat ke tanah suci Mekah?
Suntikan vaksin meningococcal adalah wajib untuk semua jemaah haji dan umrah. Kerajaan Arab Saudi tidak akan mengeluarkan visa untuk haji dan umrah sekiranya anda tidak mendapatkan suntikan meningococcal sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berangkat ke tanah suci. Vaksin influenza adalah “optional” (pilihan) yang mana saya amat-amat sarankan untuk semua jemaah haji dan umrah selepas suntikan vaksin…