Ejakulasi pramatang (premature ejaculation) adalah keadaan yang sangat biasa berlaku pada lelaki sewaktu melakukan hubungan intim bersama pasangan. Ia selalunya dialami oleh lelaki dewasa yang muda, namun ada juga golongan lelaki berumur lanjut yang mengalami masalah ini.
Ini mungkin 8 cara untuk mengatasi masalah ejakulasi pramatang (premature ejaculation):
- Stop-start technique: Apabila sudah terasa ingin pancut, berhenti, relax dan control pernafasan untuk mengurangkan rasa rangsangan dan mengelakkan ejaculation. Bila sudah tenang, sambung rangsangan dan ulang 3-4 kali lagi.
- Squeeze technique: Apabila sudah terasa ingin pancut, berhenti dan picit kawasan frenulum dan kepala zakar untuk beberapa saat bertujuan untk mengurangkan rasa rangsangan. Selaps picit, berhenti seketika dan fokus dengan penafasan dan relax. Boleh ulangi beberapa kali sehingga anda boleh control rasa nak klimaks.
- Gunakan kondom yang tebal supaya rangsangan pada frenulum berkurang. Bila sudah rasa nak pancut, cabut kondom dan teruskan dengan hubungan intim sehingga klimaks.
- Dapatkan kerjasama dari pasangan untuk bertukar posisi sewaktu melakukan hubungan intim. Ada posisi seks yang akan sebabkan rasa ngilu pada zakar lebih berbanding posisi yang lain. Cuba beberapa style dan posisi bersama pasangan sehingga dapat posisi yang sesuai.
- Panjangkan masa “foreplay” supaya pasangan lebih terangsang dan kita tak terpancut dengan terlalu cepat bila melakukan penetrasi.
- Buat senaman Kegel untuk lantai pelvis. Kemutkan otot perlvis (macam nak tahan kencing) untuk 3 saat, rehat 3 saat dan ulang. Boleh buat 3 set 10 kali ulangan dalam sehari.
- Dapatkan ubat kebas zakar dari klinik, contohnya gel Lignocaine 2% yang disapu dan diurut pada kawasan kepala zakar dan frenulum 20 minit sebelum buat hubungan intim. Cuci dengan bersih gel tersebut sebelum melakukan hubungan.
- Jika 7 teknik di atas tidak dapat membantu mengurangkan ejakulasi pramatang, boleh dapatkan ubat dari klinik jenis SSRI seperti dapoxetine atau sertraline untuk diambil 6 jam sebelum melakukan hubungan intim. Ubat ini berfungsi untuk memanjangkan tempoh dari terpancut lebih awal, 3-4 kali ganda lebih panjang masa berhubungan intim.
Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang rawatan ejakulasi pramatang. Tak perlu rasa malu untuk memperbaiki kualiti hubungan intim anda bersama pasangan.