13 Bahan Kimia dalam Rokok

Walaupun nampak seperti kapas, puntung rokok di perbuat daripada fiber plastik yang tidak mudah terurai kerana ianya ada 13 jenis bahan kimia dalam rokok yang bukan sahaja membahayakan kesihatan anda tetapi juga orang tersayang dan orang sekeliling anda. Selain itu, bahan beracun dari puntung rokok ini boleh mencemari lautan dan memberi kesan kepada haiwan marin.

Jenis bahan kimia dalam rokok
Jenis bahan kimia dalam rokok

Apa yang menyedihkan lagi ialah ada perokok yang tidak tahu sebenarnya mereka membahayakan seisi rumah walaupun mereka merokok di luar rumah. Tanggapan bahawa merokok diluar rumah adalah selamat, sama sekali tidak betul kerana apabila merokok, asap rokok yang keluar akan melekat pada baju, kulit dan rambut. Inilah yang dikenali sebagai sisa asap basi (SAB) ataupun thirdhand smoke.

Selain daripada memudaratkan kesihatan, jika ada anak-anak yang masih kecil dirumah, mereka akan mendapat risiko lebih besar jika terdedah kepada SAB ini kerana sistem imun, organ dan perkembangan tingkah laku belum cukup matang.

Oleh itu, sebelum anda menghisap rokok, cuba fikirkan kesan serta-merta asap rokok kepada badan anda. Fikirkan juga kesihatan anda, orang sekeliling (secondhand smoke) dan anak-anak yang menjadi mangsa sisa asap basi (thirdhand smoke).

Berhentilah merokok!