Suntikan typhoid untuk berniaga di Bazar Ramadhan, Kota Kinabalu

Berita baik untuk peniaga-peniaga kecil di kawasan Kota Kinabalu, Penampang & Putatan yang ingin mendapatkan lesen berniaga gerai di Bazar Ramadhan yang akan bermula dari 5 Mei 2019.

Kami diberitahu yang sekiranya anda ingin membuat permohonan mendapatkan lesen dari pihak berkuasa tempatan, (DBKK untuk kawasan Kota Kinabalu) anda perlu mendapatkan pengesahan penerimaan suntikan vaksin typhoid dari klinik-klinik swasta yang berdekatan.

Anda juga perlu mendapatkan kad pemeriksaan kesihatan yang berwarna kuning dari mereka, untuk ditandatangan oleh doktor di klinik selepas mendapatkan suntikan tersebut. Tanpa suntikan tersebut, besar kemungkinan yang permohonan untuk berniaga di Bazar Ramadhan tahun 2019 ini akan ditolak.

Apakah kepentingan suntikan vaksin typhoid ini? Ia adalah untuk mencegah penyakit demam kepialu yang selalunya boleh merebak daripada makanan yang tercemar oleh orang yang membawa penyakit demam kepialu. Jika dijangkiti, anda boleh mendapat demam, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut dan dehidrasi.

Dengan pengambilan vaksin typhoid ini, semua peniaga kecil yang bakal berniaga di Bazar Ramadhan boleh mengelakkan risiko menularkan penyakit demam kepialu di kepada pelanggan-pelanggan yang membeli juadah berbuka puasa mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *