Sudah dewasa tapi belum bersunat? Tak perlu malu

Salah satu soalan yang agak common ditanya oleh klien ialah “Doc, saya ni sudah dewasa. Adakah masih boleh bersunat?”

Jawapannya ialah “Masih boleh bersunat walaupun sudah berumur lanjut. Klien kami paling tua berumur 65 tahun”

Sunat lelaki dewasa Kota Kinabalu, Sabah

Klinik Sabah merupakan salah satu klinik yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah yang menyediakan khidmat sunat untuk lelaki dewasa dan kanak-kanak bermula dari 7 tahun.

Kenapa perlu bersunat?

Sebagai individu yang beragama Islam, sunat/khatan merupakan perbuatan yang sangat dituntut. Namun kini ianya dilakukan oleh kebanyakkan orang termasuk mereka yang bukan beragama Islam ekoran manfaat/kebaikan yang mereka dapat jika bersunat.

Apakah manfaat sunat bagi lelaki dewasa?
✅ Memperbaiki penampilan kosmetik zakar
✅ Mengurangkan risiko menghidapi dan menjangkiti pasangan wanita dengan penyakit kelamin (STD).
✅ Mengurangkan risiko untuk mendapat kecederaan kecil/koyak pada kulup sewaktu melakukan hubungan intim.
✅ Mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser zakar sekiranya disunat sebelum akil baligh.
✅ Lebih mudah menjaga kebersihan zakar selepas bersunat.
✅ Berupaya untuk menarik balik kulit kulup untuk pesakit yang mempunyai phimosis.
✅ Hubungan intim yang tiada kesakitan untuk lelaki yang mempunyai phimosis atau yang mengalami kesakitan sewaktu persetubuhan.
✅ Mengelakkan masalah keputihan (smegma) 

Selain wanita, lelaki juga mengalami masalah keputihan. Keputihan (smegma dalam Bahasa Inggeris) atau “palat” dalam sesetengah istilah Melayu adalah pengumpulan bahan yang dihasilkan dari minyak dan cecair yang dirembeskan oleh kelenjar  pada kawasan sekeliling glans penis bercampur dengan kulit mati.  Bahan ini boleh berkumpul dengan banyak di bawah kulit kulup lelaki yang tidak bersunat/berkhatan dan juga pada kawasan lipatan labia pada wanita.

Hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang bersunat/berkhatan untuk lelaki dewasa.

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *