Telinga saya sakit mau 3 hari sudah. Bayangkan lah sakitnya berdenyut–denyut sakit pedih macam menyucuk-nyucuk! Saya dengar macam bernafas-nafas dalam telinga. Giuk ka tu ar?
Beberapa minggu yang lalu, seorang wanita telah datang ke klinik, mengadu telinganya sakit. Menurut beliau, telinganya pernah dimasuki oleh air 2 tahun yang lalu tetapi pada masa itu telinganya tidak sakit cuma mengadu ada gatal-gatal dan kemudian ada cecair jernih keluar.
Beliau sudah beberapa kali pergi ke hospital berdekatan untuk meminta rawatan, apabila di periksa hasilnya cuma nampak gumpalan tahi telinga yang keras. Dan ubat yang diberikan tidak berkesan. Disebabkan tidak tahan keadaan telinganya yang sakit, beliau mengambil keputusan untuk datang ke klinik.
Apabila beliau datang ke klinik dan selepas pemeriksaan teliti, didapati ada benda keras terkumpul di dalam lubang telinganya.
Di klinik, doktor melakukan prosedur “ear syringing” iaitu dengan memasukkan air ke dalam lubang telinga dengan halaju tinggi untuk mengeluarkan bendasing dan tahi telinga “ear wax” yang berada di dalam.

Selepas beberapa kali telinga beliau “di’syringe”, ada ketulan bendasing berwana putih (putik kapas) keluar dari telinga. Bila diperiksa selepas prosedur dilakukan, gegendang beliau kelihatan sihat dan telinga beliau telah bersih.

Beliau juga boleh mendengar dengan jelas!
#kliniksabah