Perbezaan antara puasa bulan Ramadan dan Intermittent Fasting (IF)

3 perbezaan antara puasa bulan Ramadan dan “intermittent fasting” IF

Sempena nak masuk bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari lagi ni, saya nak share satu jenis puasa yang sering dibuat perbandingan dengan puasa orang Islam dalam bulan ini. Walaupun nampaknya macam sama, tetapi ia sebenarnya berbeza dari 3 perkara utama:

1. Sebab mengapa puasa itu dilakukan:

a) Puasa umat Islam dilakukan atas sebab kewajipan yang telah disyariatkan oleh Allah untuk semua yang mampu berpuasa. Jika dilihatkan dari sejarah, puasa telah disyariatkan juga kepada umat sebelum Islam lagi, namun cara ia dilakukan adalah sedikit berbeza. Ia dilakukan sebagai tanda patuh kepada perintah Allah.

b) Puasa mereka yang melakukan “intermittent fasting” (IF) pula adalah bertujuan untuk menurunkan berat badan, selain memberikan salur pencernaan untuk berehat dari bekerja setiap hari tanpa rehat.

2. Cara ia dilakukan:

a) Untuk puasa umat Islam, tempoh berpuasa telah ditetapkan dari sebelum Subuh sehingga Maghrib, yang mana akan ambil masa lebih kurang 14 jam dalam sehari. Sewaktu berpuasa kita tak boleh makan dan minum (dari segi perlaksanaannya) dan masa yang ada diisikan dengan beribadah kepada Allah.

b) Untuk puasa pada IF, ia boleh dilakukan bermula pada bila-bila masa, namun kita perlu berpuasa selama 16 jam. Paling mudah ialah mula puasa pada jam 9 malam sehingga jam 1 tengahari pada keesokan hari. Dalam tempoh masa puasa ini, kita boleh minum air kosong untuk menghidrasikan diri, namun tidak boleh makan. Dalam tempoh baki 8 jam seterusnya, kita boleh makan makanan seperti biasa.

3. Tempoh puasa dilakukan:

a)Untuk puasa umat Islam dalam bulan Ramadan, kita diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan. Selepas itu, akan masuk bulan Syawal dan Hari Raya Aidilfitri akan disambut yang mana kita boleh makan seperti biasa. Namun, untuk segelintir kita, waktu bulan Syawal inilah waktu yang kita makan jauh luar biasa, seolah-olah nak cover balik masa puasa bulan Ramadan yang lepas.

b) Untuk puasa IF, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Cara terbaik ialah dengan meletakkan target berat badan yang ingin dicapai dan boleh berhenti IF bila dah capai. Walaupun sudah berhenti IF, diet masih perlu dijaga. Jangan pula berat naik semula selepas berhenti IF!

Saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam yang bakal menyambut Ramadan minggu depan. Untuk yang bukan Islam, boleh cuba IF untuk turunkan berat badan. Semoga berjaya!

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *