PeKa B40 – Apa yang perlu anda tahu?

Kerajaan Malaysia telah melancarkan program saringan kesihatan percuma untuk golongan B40 yang berumur 50 tahun ke atas untuk mengenalpasti dan seterusnya merawat penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol, penykit buah pinggang dan kanser.

Untuk makluman, masalah kesihatan penyakit tidak berjangkit ini merupakan salah satu beban terbesar negara, kerana kebanyakan pesakit akan pergi ke klinik dan hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

Untuk mengurangkan kos rawatan, saringan awal penyakit tersebut akan dibuat dengan menggunakan program PeKa B40 ini. Ini kerana, jika dikesan lebih awal, beban kos rawatan kesihatan boleh dikurangkan dan kesihatan rakyat dapat dipulihkan.

Jika anda:

  • Berumur 50 tahun ke atas
  • Penerima Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan

Bolehlah bawa MyKad ke klinik-klinik swasta berdekatan yang mengambil bahagian di dalam program PeKa B40 ini untuk mendapatkan pemeriksaan darah dan saringan kesihatan percuma.

Boleh cek kelayakan anda di sini juga: https://www.pekab40.com.my/

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *