Macamana nak kira BMI?

Secara ringkasnya, BMI (Body Mass Indeks) ataupun Indeks Jisim Tubuh digunakan untuk mengklasifikasikan sama ada seseorang itu mempunyai berat badan yang kurang, berlebihan ataupun obesiti.

Cara untuk mengira BMI

Terdapat dua cara untuk mengira BMI anda:

1. Pengiraan melalui kalkulator online

BMI calculator

Anda hanya perlu memasukkan maklumat seperti umur, jantina, tinggi dan berat anda di dalam tempat yang disediakan. Bacaan BMI anda akan dapat diketahui serta merta.

2. Kiraan manual menggunakan kalkulator

Anda boleh gunakan smartphone atau apa sahaja jenis kalkulator yang terdekat dengan anda. Rujuk formula di dalam gambar.

Contoh pengiraan:

Seorang wanita mempunyai ketinggian 150cm dan berat badannya ialah 52kg.Langkah pertama ialah tukarkan unit ketinggian centimeter (cm) kepada meter (m)

150 cm bersamaan dengan 1.5m

Selepas ditukar kepada unit meter, bolehlah gunakan formula. Pengiraanya adalah seperti berikut:

BMI = 52kg / (1.50m)²
          = 52 / 2.25
          = 23.11

Maka keputusan BMI wanita tersebut ialah 23.11. Ia berada pada tahap normal.

Senang kan? Jom kira🤗

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *