Macamana nak elakkan dari menunggu sehingga 6 jam sebelum berjumpa dengan doktor?

[Susulan pengumuman Jabatan Audit Negara, 41.3% pesakit menunggu 6 jam di kecemasan]

Sewaktu saya menjadi MO In-Charge di Jabatan Kecemasan, Hospital Queen Elizabeth sekitar tahun 2004 dahulu, saya selalu juga terpaksa menghadapi pesakit-pesakit yang datang meluru masuk ke zon merah kerana tidak tahan menunggu berjam-jam di zon hijau.

Selalunya dengan nada yang marah, mereka akan mula menengking staffnurse dan MA saya yang sedang sibuk menguruskan pesakit di zon merah.

Kadang-kadang terpaksa panggil sekuriti guard untuk tolong urus pesakit sebegini. Dalam kebanyakan masa, mereka yang bertindak sebegini selalunya kurang faham tentang fungsi Jabatan Kemalangan dan Kecemasan.

Mereka ingat pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan akan ditengok oleh doktor mengikut angka giliran.

Tapi sebenarnya tidak.

Di Jabatan Kecemasan, prioriti pesakit yang akan ditengok oleh doktor bergantung kepada keadaan kemalangan dan kecemasan mereka.

Jika kriteria pesakit yang datang dikategorikan sebagai “boleh mengancam nyawa pesakit”, mereka akan ditengok dahulu di zon merah.

Jika kriteria pesakit masih boleh berjalan masuk ke Jabatan Kecemasan sambil main henpon, ada kemungkinan dia berada di tempat yang salah.

Lumrah kerja di Jabatan Kecemasan.

Setakat kena maki hamun dengan pesakit yang menunggu di zon hijau selama 4 jam setiap hari tu biasa.

Dan saya paling respek abang-abang MA (Pembantu Pegawai Perubatan) yang jaga kaunter triage, jururawat yang handle zon kuning dan hijau yang dalam kebanyakan masa huru-hara dan doktor yang berperang dengan nyawa pesakit di zon merah.

Anda semua adalah wira!

Video pendek ini saya buat sebagai panduan kepada anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin.

Sebelum mengunjungi Jabatan Kecemasan mana-mana hospital kerajaan di Malaysia, sila tonton dan share!!!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *