Kuota haji untuk jemaah Malaysia ditambah lagi sebanyak 10,000 jemaah

Nak tau apa berita baik bila PM kita melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi baru-baru ini?

Vaksin meningokokal untuk umrah dan haji

Kuota haji untuk jemaah Malaysia ditambah lagi 10,000 jemaah, yang mana bakal-bakal haji dari Malaysia akan menjadi lebih 40,000 pada tahun-tahun mendatang.

Oleh itu, peluang kita untuk menjadi tetamu Allah adalah lebih besar.

Selain daripada itu, kerajaan Arab Saudi juga akan mewajibkan semua bakal haji (dan mungkin juga umrah) mendapatkan vaksin untuk COVID-19 sebelum dibenarkan untuk mengerjakan ibadah tersebut. Untuk ini, kerajaan kita sedang berusaha sehabis baik untuk memvaksinkan sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia untuk mengekang pandemik COVID-19 ini.

Tidak juga dilupakan, vaksinasi wajib yang telah sekian lama dikuatkuasakan iaitu meningococcal. Ia masih diperlukan untuk mengelakkan dari jemaah haji dan umrah daripada dijangkiti radang selaput otak.

Untuk dapatkan vaksin meningococcal, anda boleh hubungi klinik swasta yang terdekat untuk mendapatkan vaksin tersebut. Kerajaan Arab Saudi tidak akan mengeluarkan visa perjalanan sekiranya anda tidak mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

Untuk dapatkan vaksin COVID-19, anda perlu menunggu giliran dipanggil menerima vaksin tersebut mungkin pada fasa kedua atau ketiga. Jangan lupa daftarkan diri dengan aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Semoga kita semua diberikan peluang untuk menziarahi Tanah Haram secepat mungkin. Insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *