Kanser usus dan faktor penyebab

Kanser usus adalah penyebab kematian utama kaum lelaki.

Sebelum mengulas lebih lanjut, jom ketahui bagaimanakah kanser usus itu terjadi.

Apa itu kanser usus

Seperti kewujudan jenis kanser yang lain, kanser usus juga bermula dengan satu ketumbuhan kecil bukan kanser (benign) yang wujud pada dinding usus. Ketumbuhan ini dikenali sebagai polip adenomatous. Sesetengah polip ini boleh berkembang menjadi kanser kolon malignan dari masa ke masa.

Jika tidak dikeluarkan, maka sel-sel yang telah berubah menjadi sel kanser usus besar ini akan menceroboh dan merosakkan tisu yang sihat yang terdapat berhampiran tumor utama, menyebabkan akan timbulnya banyak komplikasi yang tidak diingini.

Punca terjadinya kanser usus

Punca sebenar kanser usus ini tidak diketahui, namun ada beberapa faktor yang mendorong berlakunya kanser ini termasuklah:

1) Cara pemakanan – pengambilan makanan yang mengandungi Karsinogen (agen penyebab kanser usus) dan Nitrat (yang terdapat dalam makanan yang diasapkan, dijeruk dan dimasinkan) dalam diet atau pemakanan seharian

2) Sejarah kanser – Mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus (genetik) ataupun diri sendiri pernah ada sejarah kanser.

3) Penyakit keradangan usus – Terdapat 2 jenis penyakit keradangan usus yang meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghadapi kanser usus. 2 jenis penyakit tersebut dikenali “ulcerative colitis” (luka dan radangan pada usus) dan “Crohn’s disease” (radangan pada usus, usus menebal dan luka)

4) Tabiat merokok – Kajian mendapati perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok

5) Obesiti

6) Usia meningkat – Lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun

Meskipun kebanyakkan yang menghidap kanser usus ini adalah lelaki, namun wanita juga berisiko untuk menghidap penyakit ini.

Sumber : Kanser usus (punca, simptom dan rawatan) – The Diagnosa

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *