Kalau buat test darah, apa yang kita boleh tau pasal kesihatan kita?
Ada 10 perkara yang kita boleh tau pasal kesihatan kita bila kita buat pemeriksaan darah:
1. Kita boleh tau jenis darah kita. Penting bila kita berada di dalam kecemasan yang memerlukan transfusi darah. Boleh juga menderma darah kita kalaua ada orang yang memerlukan darah yang sama jenis dengan kita.
2. Kita boleh tau status sel darah merah dan darah putih kita. Penyakit Thalassemia boleh dikesan dari sini. Kita juga boleh tau jika ada jangkitan kuman dengan peningkatan sel darah putih kita.

3. Kita boleh cek fungsi buah pinggang. Selalunya pesakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik, boleh mendapat kebocoran pada buah pinggang, yang sudah tidak boleh filter darah kita dengan bagus.
4. Kita boleh cek fungsi hati. Jika kita seorang peminum alkohol yang kuat, hati boleh membengkak akibat terpaksa bekerja keras untuk mencernakan alkohol yang diminum.
5. Kita boleh tau status paras gula dalam darah. Pengesanan awal kencing manis boleh dibuat dari sini. Jika gula sudah terlepas ke dala air kencing, itu menunjukkan yang kencing manis kita sudah kronik dan mungkin perlukan rawatan cepat.
6. Kita boleh tau paras kolesterol kita. Kolesterol yang tinggi di dalam darah adalah faktor yang boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.
7. Kita boleh tau status HIV. Jangkitan kuman HIV boleh dirawat di hospital kerajaan pada wakti sekarang jika dikesan awal.
8. Kita boleh tau status Hepatitis B. Sejenis jangkitan kuman virus yang boleh mengakibatkan bengkak hati jika tidak dirawat.
9. Kita boleh tau paras hormon thyroid kita. Hormon thyroid ini adalah salah satu hormon yang penting untuk kestabilan kesihatan kita secara keseluruhannya.
10. Kita boleh tau faktor rheumatoid. Satu test yang boleh mengenalpasti masalah sakit sendi yang dinamakan Rheumatoid Arthritis jika parasnya meningkat.
Boleh jak hubungi kami di 010-9314190 untuk maklumat lanjut tentang pemeriksaan darah dan air kencing.

adakah ujian darah kita boleh tahun kesihatan jantung kita? saya baru sahaja membuat ujian darah.. dan saya di maklumkan bahawa ujian darah saya normal.. tetapi rasa mencucuk di bahagian atas dadah kiri kadang hilang kadang datang dan ini membuatkan saya merasa tidak selesa dan selalu terfikir tentang masalah jantung.. tahun lalu pun saya suda dua kali buat ECG dan ianya normal juga.. boleh bantu saya bagi apa nasihat?
Selalunya sakit begini ialah disebabkan oleh masalah otot pada tulang rusuk dan bukan jantung yang dinamakan costochondritis. Boleh berjumpa dengan doktor di klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.