Jenis tahi telinga yang menyebabkan kesukaran pendengaran.

Dua jenis tahi telinga yang biasa dijumpai ketika pesakit datang mengadu telinga tersumbat oleh tahi telinga yang banyak lalu menyebabkan kesukaran pendengaran.

Tahi telinga yang keras

Tahi telinga yang keras boleh terjadi akibat penggunaan putik kapas (cotton buds) yang kerap. Ia terjadi apabila putik kapas tersebut menolak saki-baki tahi telinga lebih jauh ke dalam telinga lalu ia termampat (impacted).

Pesakit selalunya perlu diberikan ubat untuk mencairkan tahi telinga dahulu selama 3-5 hari. Tahi telinga boleh keluar sendiri selepas ubat titis telinga diberikan. Namun sekiranya tahi telinga tidak dapat keluar atau ada baki tahi telinga yang masih ada di dalam, kita perlu lakukan prosedur “ear syringing” untuk mengeluarkan tahi telinga tersebut.

Tahi telinga yang lembut

Sesetengah pesakit, terutamanya kanak-kanak mempunyai tahi telinga yang lembut. Keadaan ini adalah lebih mudah untuk dibantu, kerana apabila kita “syringe” telinga pesakit, tahi telinga akan pecah dan keluar dengan mudah tanpa perlu diberikan ubat terlebih dahulu. (Sila rujuk gambar)

 

tahi telinga yang lembut
Tahi telinga yang lembut

Tak tau apa jenis tahi telinga sendiri? Mungkin adalah bagus untuk berjumpa dengan doktor di klinik untuk membuat pemeriksaan.

Oh, jangan lupa untuk elakkan penggunaan putik kapas yang mana ia boleh menyebabkan tahi telinga termampat di dalam telinga. Tahi telinga sebenarnya adalah normal, dan ia berfungsi untuk mengelakkan serangga dari masuk ke dalam telinga dan boleh merosakkan gegendang telinga.

2 thoughts on “Jenis tahi telinga yang menyebabkan kesukaran pendengaran.”

  1. Telinga saya harini 27/12/2020 terasa bunyi kembang dan tersumbat setelah menggunakan putih kapas..salah saya kerana menggunakanya..sudah banyak kali gi kelinik untuk sembur telinga..2 or 3x dh buat..doc ckp kalau selalu buat..telinga boleh pekak..saya risau…dh titis ubat telinga tu tpi sti sama ja rasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *