Tahukah anda, orang yang kurus juga berisiko untuk memiliki paras kolesterol yang tinggi dalam darah?
Jika anda kenal mana-mana individu yang makan banyak tetapi tetap kurus ataupun memiliki berat badan yang ideal, itu bukan bermaksud dia sihat sepenuhnya. Ini kerana lemak tersebut mungkin tersembunyi di sebalik abdomen yang penting dalam badan individu tersebut disebabkan oleh gaya pemakanan dan gaya hidup yang kurang sihat. Oleh itu, tidak kiralah anda tampak sihat secara fizikal, anda juga perlu mengambil berat terhadap paras kolesterol anda supaya luaran sihat, dalaman pun sihat.
Sebenarnya anda tidak perlu menunggu paras kolesterol anda naik, baru ada kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Anda perlu mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat dari awal lagi.
Dari segi pemakanan, ada beberapa jenis makanan yang anda perlu elakkan supaya paras kolesterol anda tidak naik.
5 jenis makanan yang perlu dielakkan adalah termasuk daging merah, produk tenusu, makanan bergoreng, mentega dan makanan berproses seperti sosej.
Manakala jika paras kolesterol anda berada pada paras anda tinggi, anda boleh ubah cara pemakanan anda dengan meningkatkan pengambilan makanan yang boleh mengurangkan paras kolesterol anda.
Antara jenis makanan yang boleh diambil untuk mengurangkan paras kolesterol ialah oat, barli, kekacang, terung, almonds, minyak Sayuran, apple, anggur, strawberi, buah-buahan citrus, susu kacang soya, lemak Ikan dan makanan berserat.
Setiap jenis makanan ini mempunyai cara yang berbeza untuk mengurangkan paras kolesterol yang ada dalam badan anda. Namun perlu diingatkan, apa jua perkara yang baik akan mendatangkan mudarat jika di ambil secara berlebihan.
Oleh itu, adalah disarankan untuk melakukan ujian darah di mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat supaya anda mendapat nasihat pemakanan dan rawatan yang betul.