Harapan besar kepada semua pesakit COVID-19 yang sembuh

Tahukah anda, ada harapan besar kepada semua pesakit COVID-19 yang sembuh?

Sehingga post ini ditulis, seramai 1400 pesakit COVID-19 dari Malaysia sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan discharge dari hospital.

Mereka ini sebenarnya adalah harapan kepada pesakit COVID-19 yang belum sembuh, kerana mereka yang sembuh telah membentuk pertahanan (antibodi) terhadap penyakit tersebut. Antibodi di dalam plasma pesakit yang telah sembuh berupaya memberikan imunisasi pasif kepada pesakit yang belum sembuh.

Di Malaysia sendiri, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan beberapa pesakit wabak koronavirus yang sembuh menyumbang plasma darah mereka bagi tujuan penyelidikan dan sains. Kini, pakar perubatan dunia masih menjalankan ujian terhadap keberkesanan kaedah plasma darah dalam mengubati pesakit Covid-19.

Proses transfusi plasma darah memerlukan pengambilan plasma darah daripada pesakit yang pulih yang memiliki imun atau antibodi yang tinggi, kerana apabila plasma darah penderma diberikan kepada pesakit lain, ia diharap mampu membunuh virus di dalam badan pesakit itu. Plasma darah berperanan mengangkut nutrien, hormon dan protein di dalam darah ke seluruh badan, jadi ia mampu menjadi elemen penting membantu mempercepat penyembuhan pesakit Covid-19.

Jadi sebenarnya, cluster jemaah Tabligh yang ramai sembuh tersebut adalah berupaya memberikan jasa yang besar jika semuanya bersetuju untuk mendermakan plasma mereka untuk kebaikan orang lain!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *