GERD ialah Gastroesophageal reflux disease yang mana ia disebabkan oleh asid dari dalam perut mengalir semula ke dalam esofagus disebabkan oleh pencerut esofagus bawah (lower esophageal sfincter) tidak berfungsi dengan baik.
Simptom-simptom GERD:
- Heartburn/rasa pedih di ulu hati-selalunya berlaku selepas makan
- Sakit dada
- Rasa macam ada makanan naik
- Rasa susah nak telan
Kalau katakan tahap GERD anda teruk, kadang-kadang anda akan mengalami batuk yang teruk terutamanya pada waktu malam, kadang sakit tekak yang berpanjangan. Kalau katakan anda ada penyakit asma, GERD akan membuatkan asma lebih teruk disebabkan gas yang naik. Jika gas asid masuk ke dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan keradangan. Selain itu, anda akan mengalami masalah susah untuk tidur pada waktu malam.
Sebab kenapa berlakunya GERD?
- Obesiti
- Hiatus hernia
- Mengandung
- Menghidap masalah “connective tissue disease”
- Merokok
- Makan terlampau banyak pada waktu malam
- Mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan GERD seperti aspirin
8 jenis makanan yang menyebabkan GERD:
Antara sebab lain kenapa anda mengalami penyakit GERD adalah pengambilan jenis makanan yang mencetuskan penyakit ini.
Tips untuk mengatasi GERD:
- Apa yang anda boleh buat jika tidak dapat tidur pada waktu malam ialah, tinggikan sedikit bantal anda supaya kedudukan kepala lebih tinggi daripada perut untuk menghalang gas asid naik
- Jangan makan terlampau lewat
- Makan secara ala kadar (tidak terlalu kenyang)
- Elakkan mengambil jenis-jenis makanan yang menyebabkan GERD (rujuk gambar di atas)
- Berhenti merokok
Jika anda mengalami simptom-simptom GERD, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dimana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat supaya anda mendapat rawatan awal selain mengamalkan tips-tips yang diberi.