Tahukah anda, didapati 2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah pendengaran?
Meskipun masalah kehilangan pendengaran ini biasanya berlaku pada warga tua namun warga yang lebih muda juga tidak lepas daripada mengalami masalah ini. Menurut kajian daripada hear.com, terdapat peningkatan bilangan masyarakat yang berumur antara 35-45 tahun menghidap masalah pendengaran disebabkan oleh aktiviti harian yang dijalankan.
Kebanyakkan mereka yang mengalami masalah ini pada awalnya tidak menyedari tahap pendengaran mereka merosot kerana ianya berlaku secara beransur-ansur dari semasa ke semasa dimana ianya boleh menjadi sedikit, sederhana, teruk dan sangat teruk. Masalah ini juga dikenali sebagai presbycusis.
Selain daripada aktiviti harian yang terdedah kepada bunyi bising dan faktor penuaan, masalah pendengaran juga disebabkan oleh beberapa faktor termasuk penyakit keturunan, penyakit seperti darah tinggi, jangkitan pada telinga dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubat tertentu.
Antara gejala-gejala awal kehilangan pendengaran termasuklah:
- Tidak dapat mendengar dengan jelas
- Sukar untuk memahami keseluruhan percakapan seseorang
- Sukar untuk berkomunikasi sekiranya banyak orang bercakap pada satu masa
- Mendengar bunyi berdesing dalam telinga
- Suara lelaki lebih mudah didengari berbanding suara wanita yang bernada lebih tinggi
- Cepat berasa letih atau stress disebabkan terpaksa lebih fokus semasa mendengar
Rawatan untuk masalah pendengaran ini ialah dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Namun ianya boleh dicegah awal jika anda menyedari simptom-simptom ini lebih awal.
Antara langkah pencegahan termasuklah menjalani ujian saringan pendengaran secara berkala, melidungi telinga anda daripada terdedah dengan bunyi-bunyi bising dengan menggunakan pelindung telinga dan ELAKKAN DIRI daripada mendengar muzik rock/keras menggunakan “earphone” dalam tempoh masa yang panjang kerana ini boleh merosakkan pendengaran anda dari semasa ke semasa.
Kalau sebelum ini, anda suka mendengar muzik dengan volume suara yang kuat, tidak salah jika anda menurunkan volume untuk kebaikkan telinga anda.
Jadi, jagalah telinga anda. Jangan muda-muda sudah pekak ok!