Doc, air kencing saya berdarah. Apa yang perlu saya buat?
Doc, air kencing saya berdarah. Apa yang perlu saya buat?
Memang tidak dinafikan sesiapa sahaja yang mengalami air kencing berdarah ini pasti akan risau. Terutama sekali mereka yang baru pertama kali mengalaminya. Tentu akan ada timbulnya perasaan bermacam-macam dalam diri. Oleh itu, ada bagusnya untuk anda mengetahui serba sedikit info mengenai kencing berdarah ini.
Sebenarnya terdapat dua jenis kencing berdarah, iaitu individu yang mengalami masalah ini berasa sakit semasa membuang air kencing dan langsung tidak berasa apa-apa.
Terdapat beberapa kemungkinan penyebab air kencing berdarah. Jika berasa sakit setiap kali membuang air kecil, ia mungkin disebabkan oleh penyakit batu karang.
Batu karang ialah adalah kristal keras yang terbentuk di dalam buah pinggang atau saluran kencing disebabkan oleh pengumpulan asid urik kerana terlampau banyak memakan makanan dan kurang minum air.
Pesakit akan berasa sakit yang memulas-mulas sehingga tidak dapat ditahan. Kadang-kadang terdapat pasir dan batu kecil di dalam kencing berdarah itu.
Jika pesakit yang mengalami air kencing bercampur darah adalah seorang wanita, kemungkinan ianya disebabkan oleh jangkitan kuman pada saluran kencing. Masalah ini kerap kali berlaku pada wanita disebabkan saluran kencing yang lebih pendek berbanding lelaki.
Bagi keadaan pesakit yang membuang air kencing berdarah tanpa sakit, kemungkinan ianya disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu terutamanya ubat tahan sakit. Yang paling bahaya disebabkan oleh kanser pada pada sistem saluran kencing dari ginjal, pundi kencing dan saluran kencing.
Anda boleh membuat pemeriksaan ini di klinik terdekat ataupun boleh datang di Klinik Sabah jika anda tinggal berdekatan. Boleh hubungi kami melalui whatsapp untuk pertanyaan lebih lanjut.


