Dari mana datangnya virus HIV?
SEJARAH RINGKAS HIV (Human Immunodeficiency Virus)
Penyakit yang dipercayai berasal dari monyet
Sebelum bercerita lebih tentang HIV ni, ada bagusnya jika anda tahu apakah itu HIV secara ringkas.
HIV (Human Immunodeficiency Virus) merupakan sejenis virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan mendedahkan seseorang kepada AIDS yang akhirnya membawa maut kepada penghidap.
Dari manakah asal penyakit ini?
Menurut kajian, sebenarnya virus HIV ini telah pun muncul sejak 1920-an lagi, namun atas sebab-sebab kurangnya pendedahan dan penyelidikan terhadap virus ini, maka ianya hanya dapat dikesan seawal tahun 1980-an.
Kes pertama manusia yang dikesan bermula di daerah Kinshasa, yang terletak di negara Republic of Congo dan kemudiannya tersebar ke tempat lain. Sehingga kini, daerah Kinshasa menjadi salah satu daerah yang mengalami masalah pesakit AIDS paling ramai.

Bagaimana virus daripada monyet ini berpindah ke badan manusia?
Pada sekitar tahun 1999, terdapat kajian yang menunjukkan Chimpanzee merupakan sumber asal virus HIV sebelum merebak kepada manusia.
Tabiat Chimpanzee yang gemar memburu dua spesies kera kecil jenis iaitu “mangabeys” dan “spot nosed monkey”. Apabila kedua-dua monyet itu dimakan oleh Chimpanzee, ianya telah memindahkan virus ke badan Chimpanzee tersebut.
Akhirnya, hasil daripada gabungan dua jenis virus SIV dari “mangabeys” dan “spot nosed monkey”, ia menghasilkan sejenis virus baru yang dirujuk sebagai SIVcpz. Virus inilah yang dikenalpasti mampu menjangkiti manusia.
Penularan penyakit yang bermula dari Congo ini akhirnya semakin teruk apabila ianya melibatkan individu-individu yang tingagl diluar Kinshasa sehinggalah peringkat global.
Di Malaysia, jangkitan virus ini dikesan buat pertama kalinya pada tahun 1986. Jumlah kes terkumpul sejak tahun 1986 hingga 2018 bagi individu yang dijangkiti HIV adalah 118, 883 kes dan kes AIDS pula adalah 25, 925 kes (Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia)
