Cegah penyakit paru-paru berair di kalangan kanak-kanak
Apabila kanak-kanak kecil dijangkiti oleh bakteria Streptococcus pneumoniae, ia boleh mengakibatkan paru-paru berair (pneumonia).
Sekiranya rawatan yang betul tidak diberikan dengan segera, ia boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Langkah terbaik adalah memberikan perlindungan sepenuhnya kepada anak anda ialah melalui vaksinasi pneumokokal.
Bagi anak-anak yang lahir pada tahun 2020, vaksinasi ini diberikan secara percuma di klinik kesihatan. Anak-anak yang lahir sebelum 2020 pula, ibubapa boleh mendapatkan vaksin ini di mana-mana klinik swasta yang terdekat untuk anak anda.
Atau jika anda tinggal di sekitar Kota Kinabalu, anda boleh mendapatkan vaksin pneumokokal ini di Klinik Sabah. Lindungi anak anda, cegah sebelum terlambat.