Tips pemakanan yang sihat dengan prinsip suku-suku separuh

Nak sihat? Nak kurus? Nak kedua-duanya sekali?

Boleh lah cuba tips suku-suku separuh. Yang dah cuba, teruskan. Yang belum, boleh cuba selepas membaca info ini.

Kita sudah diperkenalkan dengan konsep pemakanan yang sihat sejak di bangku sekolah lagi iaitu dengan piramid makanan, namun ada yang rasa ianya sukar untuk mengikut amalan pemakanan melalui panduan tersebut.

Oleh itu, bagi memudahkan orang ramai, satu panduan pemakanan yang lebih sihat telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dimana ianya dikenali sebagai Pinggan Sihat Malaysia dengan prinsip “suku-suku separuh”.

suku suku separuh

Jika anda lihat Pinggan Sihat Malaysia dalam gambar, suku pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti, suku pinggan lagi diisi sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang, manakala separuh pinggan diisi buah-buahan dan sayur. Anda boleh gunakan tangan anda sebagai panduan sukatan. Jangan lupa air kosong kena ada ya!

Kenapa perlu makan pelbagai jenis makanan dalam satu masa?

Memang tujuan makan adalah untuk mengisi perut. Namun, jika tujuan hanyalah untuk kenyang, maka anda akan cenderung untuk ambil apa sahaja makanan yang berada di depan mata tanpa mengira apakah kandungan zat dalam makanan yang anda ambil.

Tubuh badan dan otak kita memerlukan zat yang secukupnya supaya ianya dapat berfungsi dengan baik. Namun, jika anda mengambil makanan yang ada protein sahaja, ia tidak dapat memberikan khasiat yang sepenuhnya kepada tubuh badan anda.

Dan tiada satu pun jenis makanan yang mampu memberikan kesemua zat makanan seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan sebagainya kepada tubuh kita. Oleh itu, kita perlu mempelbagai pengambilan jenis makanan supaya tubuh kita mendapat zat yang secukupnya agar ianya berfungsi secara optimum. Itulah namanya pemakanan yang sihat.

Tambahan, dengan adanya panduan yang senang difahami maka ini akan membantu mengindarkan orang ramai daripada penyakit yang berisiko seperti diabetes, darah tinggi, obesiti dan kolesterol.

Adalah disarankan untuk berbincang dan berunding dulu dengan pakar pemakanan atau doktor anda untuk mendapatkan pelan yang bersesuaian agar tidak menjejaskan kesihatan anda.

Kalau nak sihat, amalkanlah pemakanan yang sihat. Nak kurus, jangan tak makan ya! Makan juga. Cuma ikutlah panduan yang betul.

Terima kasih kerana membaca! Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

Ketuat (Penyebab dan cara rawatan)

Ketuat atau kutil adalah benjolan pada kulit yang disebabkan oleh kuman virus HPV. Ketuat boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada kawasan ia tumbuh dan jika ia tumbuh pada tapak kaki, ia boleh menyebabkan kesakitan apabila kita berjalan.

Minggu lepas ada seorang pekerja buruh datang ke klinik kerana ketuat yang beliau ada semenjak lebih 4 bulan lalu menyebabkan tapak kaki beliau sakit apabila melangkah. Beliau ada satu ketuat pada setiap sebelah kaki, betul-betul berada di tapak kaki bahagian yang beliau pijak.

ketuat pada tapak kaki
ketuat pada tapak kaki
Ketuat pada tapak kaki berjaya dibuang
Ketuat pada tapak kaki berjaya dibuang

Ketuat beliau dibuang dengan menggunakan teknik electrocautery. Ia adalah salah satu cara rawatan yang paling cepat untuk menghilangkan ketuat, berbanding menggunakan ubat sapu seperti Duofilm.

Mencari tempat bersunat untuk kanak-kanak di area Kota Kinabalu

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat sunat untuk anak-anak anda, boleh lah terus hubungi (whatsapp/call) kami untuk buat appointment di 010 931 4190

Kaedah yang digunakan adalah menggunakan laser. Kesan lebih cepat, bersih dan selesa.

 

sunat kanak-kanak
Sunat kanak-kanak bawah 12 tahun

Minggu lalu, Klinik Sabah menerima beberapa kunjungan daripada ibubapa untuk tujuan sunat anak-anak mereka.

Gambar dibawah ini adalah salah satu feedback  ibubapa yang menghantar 3 orang anak lelakinya untuk sekaligus bersunat di Klinik Sabah. Gambar ini sendiri dihantar oleh ibubapa tersebut dan menyatakan rasa gembira kerana dapat melaksanakan misinya.

Testimoni sunat kanak-kanak
Testimoni sunat kanak-kanak

Serangan Jantung (Punca, gejala dan risiko)

Kejadian kematian mengejut kerap kali dikaitan dengan masalah penyakit jantung di mana ianya berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol. Penyempitan saluran darah ini menyebabkan ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang cukup.

Siapakah yang lebih berisiko mendapat serangan jantung?
1. Menurut kajian, lelaki lebih berisiko mendapat serangan jantung berbanding lelaki.
2. Kebiasannya mereka yang berumur lebih daripada 45 tahun. Kalau perempuan lebih daripada 55 tahun ataupun selepas menopaus.
3. Mereka yang ada penyakit kencing manis
4. Merokok
5. Mempunyai kolesterol tinggi dalam darah
6. Penyakit darah tinggi
7. Obesiti
Gejala-gejala serangan penyakit jantung
1. Rasa sakit dada bahagian kiri atau tengah dada menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan.
2. Sesak nafas
3. Keletihan
4. Badan berpeluh
5. Terkadang rasa loya
6. Jantung berdebar
7. Pitam/pening
8. Kadangkala sakit di ulu hati sebagai tanda gejala utama

Gejala serangan jantung

Jika anda mengalami gejala seperti diatas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di mana-mana klinik kesihatan terdekat dengan kadar yang segera. Walaupun pengurusan rawatan jantung di negara kita semakin baik, malangnya kebanyakkan kematian berlaku sebelum sempat tiba di hospital. Ini disebabkan oleh kelewatan mendapatkan rawatan perubatan atau kecemasan. Mungkin anda tidak mengendahkan gejala-gejala yang timbul kerana beranggapan ianya boleh sembuh sendiri. Jika anda terlewat untuk mendapatkan rawatan, ianya akan memberi tekanan yang lebih pada otot jantung yang kekurangan bekalan darah. Anda perlu ingat bahawa “masa adalah otot” dan lebih lama mangsa menunggu, lebih banyak otot jantung akan rosak dan semakin besar kemungkinan kerosakan itu tidak dapat dipulihkan.

13 Bahan Kimia dalam Rokok

Walaupun nampak seperti kapas, puntung rokok di perbuat daripada fiber plastik yang tidak mudah terurai kerana ianya ada 13 jenis bahan kimia dalam rokok yang bukan sahaja membahayakan kesihatan anda tetapi juga orang tersayang dan orang sekeliling anda. Selain itu, bahan beracun dari puntung rokok ini boleh mencemari lautan dan memberi kesan kepada haiwan marin.

Jenis bahan kimia dalam rokok
Jenis bahan kimia dalam rokok

Apa yang menyedihkan lagi ialah ada perokok yang tidak tahu sebenarnya mereka membahayakan seisi rumah walaupun mereka merokok di luar rumah. Tanggapan bahawa merokok diluar rumah adalah selamat, sama sekali tidak betul kerana apabila merokok, asap rokok yang keluar akan melekat pada baju, kulit dan rambut. Inilah yang dikenali sebagai sisa asap basi (SAB) ataupun thirdhand smoke.

Selain daripada memudaratkan kesihatan, jika ada anak-anak yang masih kecil dirumah, mereka akan mendapat risiko lebih besar jika terdedah kepada SAB ini kerana sistem imun, organ dan perkembangan tingkah laku belum cukup matang.

Oleh itu, sebelum anda menghisap rokok, cuba fikirkan kesan serta-merta asap rokok kepada badan anda. Fikirkan juga kesihatan anda, orang sekeliling (secondhand smoke) dan anak-anak yang menjadi mangsa sisa asap basi (thirdhand smoke).

Berhentilah merokok!

Bagaimana rupa dan rasa kanser payudara (Kenali 12 tanda-tanda awal)

Adakah anda terasa seperti ada perubahan pada payudara anda? Mungkin rupa dan bentuknya tidak sama dan agak berlainan daripada bentuk sebelumnya. Namun, sebelum membuat kesimpulan, adalah lebih baik jika anda tahu macamana kanser payudara terjadi dan apakah rupa dan rasa tanda-tanda awal yang biasanya dialami.

breast cancer awareness

Bagaimana kanser payudara terjadi

Secara ringkasnya, kanser atau barah payudara ini terjadi apabila sel-sel di dalam payudara tumbuh tanpa kawalan. Selalunya sel ini akan membentuk tumor dan hanya boleh dilihat melalui x-ray ataupun anda akan rasa ianya seperti benjolan sahaja. Apabila ianya tumbuh tanpa kawalan, ia akan terus berkembang melalui proses pembahagian dan seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa kanser payudara ini selalunya terjadi pada wanita, namun lelaki juga boleh mendapat kanser ini. Oleh itu ianya amat penting untuk anda tahu apakah tanda-tanda awal kanser payudara supaya dapat dikawal dan tidak merebak.

Berikut adalah ringkasan tanda-tanda awal yang anda akan rasa pada payudara anda
Simptom-simptom awal kanser payudara
12 simptom-simptom awal kanser payudara

Untuk pemeriksaan payudara, adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan sendiri di rumah sebelum anda datang berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. Untuk pemeriksaan sendiri di rumah, anda boleh tonton video ini untuk langkah yang paling mudah untuk buat pemeriksaan payudara sendiri di rumah.

Namun begitu, tidak semua perubahan menunjukkan perkara yang tidak normal. Mungkin itu hanyalah ketulan biasa. Jika tidak hilang, sila berjumpa dengan mana-mana klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber:

https://www.knowyourlemons.com

https://my.theasianparent.com/kanser-payudara

https://sinar.my/viral/inspirasi/faktor-dan-tanda-awal-kanser-payudara

http://www.myhealth.gov.my/kanser-payudara/

http://h.usm.my/index.php/en/isusemasa-bestari/885-simtom-bestari

Apa yang anda boleh buat sekiranya bosan sepanjang tempoh kawalan pergerakan?

Sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini kemungkinan akan merasa bosan jika duduk di rumah sahaja terutamanya jika anda jenis yang tidak boleh duduk diam di rumah.  Tetapi tahukah anda, walaupun anda ddudk di rumah sepanjang hari anda mampu membuat sesuatu yang produktif malahan mampu membantu ahli keluarga anda yang lain untuk menghilangkan rasa bosan. Untuk ibupapa, anda boleh menggunakan peluang ini untuk melakukan aktiviti bersama keluarga terutamanya anak-anak.

Selain daripada aktiviti kebiasaan yang anda buat, ada banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Aktiviti ini bukan sahaja untuk ahli keluarga tetapi juga untuk kebaikkan anda sendiri.

Berikut adalah 4 aktiviti yang nampak simple tetapi mampu membuatkan anda rasa seronok berada di dalam rumah.

1) Mencuba resepi yang baru

Mungkin anda selalu nampak resepi-resepi dekat FB kan? Tetapi langsung tiada kesempatan mencuba disebabkan oleh kesibukkan kerja. Hanya mampu save saja dalam collection, lepastu tak buka-buka sudah disebabkan mungkin lupa atau pun tiada masa.

Jadi, masa inilah yang paling sesuai untuk mencuba masakan yang anda idam-idamkan selama ini. Guna bahan-bahan yang sedia ada jika masi ada di dapur! 
 
2) Berkebun
 
Jika anda mempunyai halaman rumah yang luas, tidak salah kalau anda menggunakan sedikit halaman rumah untuk berkebun. Bawa anak – anak sekali untuk berkebun. Kalau hari ini tanam sayur, mungkin esok tanam bunga pula. Nanti apabila hasil sudah boleh dituai, bolehlah guna untuk hasilkan lagi resepi baru! 
Kalau tanam bunga pula, ianya akan menyerikan lagi halaman rumah anda. Lagipun aktiviti berkebun ini pun mampu membantu anda untuk mengeluarkan peluh selain berjoging.
 
3) Bermain Game
 
Selain daripada bermain game online, sbenarnya ada banyak game yang anda boleh buat bersama keluarga seperti scrabble, monopoly, jenga, permainan kad, catur, twister dan banyak lagi. Ada banyak lagi jenis “board game” yang anda boleh lakukan bersama keluarga. Boleh search di google untuk dapat sebanyak sedikit idea.
Lagipun, permainan seperti ini bukan sahaja mampu mengurangkan penggunaan peranti oleh anak-anak tetapi juga mampu unutk mengeratkan silaturahim antara keluarga disamping mendidik anak-anak permainan yang berfaedah. Mesti seronok apabila nampak anak-anak gembira bermain. 
 
4) Luang masa untuk membuat kraf bersama keluarga
 
Sememangnya anak-anak memang sukakan kraf kerana mereka ini aktif dan tahap sikap ingin tahu yang tinggi. Anda boleh menonton Youtube untuk tutorial dan lakukan bersama anak-anak.

Adalah lebih baik jika anda menggunakan masa ini sepenuhnya untuk melakukan aktiviti yang anda suka. Filem marathon pun boleh! Ada banyak movie di Netflix untuk ditonton. Astro pun sudah bagi akses percuma untuk semua saluran filem termasuk HBO, FOX Movies dan TVN Movies bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020. Gunakan peluang ini sebaiknya!

Pendek kata “Stay calm & stay at home”

 
#kliniksabah

Klinik Sabah dibuka seperti biasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dari 18-31 Mac 2020

KLINIK SABAH DIBUKA SEPERTI BIASA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DARI 18-31 MAC 2020

Untuk pengetahuan anda, sebagai salah sebuah institusi kesihatan swasta yang memainkan peranan penting dalam proses penjagaan dan perawatan awal kesihatan setiap rakyat Malaysia, klinik kami akan terus dibuka sepanjang tempoh tersebut.

Ini kerana, kami ingin membantu mengurangkan beban dan tugas klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang sekarang sedang bertungkus-lumus bekerja keras untuk menghadapi krisis penularan COVID-19 ini.

Jika semua klinik swasta tutup, ia akan menyebabkan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kesihatan ringan dan biasa akan menyesakkan lagi institusi kerajaan yang ada.

Jika keadaan kesesakan di institusi kerajaan ini bertambah teruk, ia boleh menyebabkan pesakit-pesakit tersebut terdedah dengan virus COVID-19 dan keadaan yang sesak juga boleh menyebabkan beban tugas kakitangan KKM bertambah teruk.

Oleh itu, jika anda tidak sihat dan TIDAK TERDEDAH dengan mereka yang dikhuatiti dijangkiti COVID-19, boleh datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Pada masa yang sama, ikutilah nasihat kerajaan untuk mengamalkan “social distancing”, duduk di rumah sepanjang tempoh tersebut, luangkan lebih masa bersama keluarga dan elakkan dari keluar ke tempat-tempat yang ramai orang.

Staff Klinik Sabah
Klinik Sabah beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh kawalan pergerakan
Sila jaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Bersama-samalah kita berusaha menghadapi cabaran ini dengan tenang.