Cara dapatkan temujanji di klinik

Cara dapatkan appointment di klinik

Oleh sebab banyak klien yang walk-in ke klinik dan kemungkinan besar tidak dapat jumpa doktor pada hari yang sama disebabkan jadual appointment klinik “fully booked” pada hari tersebut, jadi untuk mengelakkan keadaan ini berlaku adalah lebih bagus untuk call/whatsapp klinik terlebih dahulu untuk bertanyakan mengenai slot kosong yang terdekat.

Continue reading “Cara dapatkan temujanji di klinik”

Lutut sakit dan bengkak! Apa rawatan ni doc?

Pesakit ini datang ke klinik dengan kedua-dua belah lututnya bengkak, sakit dan tidak boleh berjalan seperti biasa. Beliau juga tidak boleh membengkokkan lututnya lalu menyukarkan dia untuk bersolat seperti biasa.

Bila ditanya, ini bukan pertama kali lututnya bengkak. Beliau pernah ke klinik beberapa tahun yang lalu dengan masalah yang sama dan doktor mengatakan bahawa beliau mengalami “gout”.

Untuk meredakan kesakitan dan bengkak lutut beliau tersebut, doktor telah mengeluarkan cecair dari lututnya. Dia dapat bergerak sepertia biasa selepas itu, walaupun ada sedikit sakit dan kekangan dalam pergerakan.

Namun ia berlaku semula dan kali ini dia datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Saya melakukan prosedur untuk “drain the fluid” daripada dalam lutut beliau dengan menggunakan jarum dan picagari.

Terbukti memang lutut beliau telah mengalami pendarahan (hemathrosis) dan juga air dalam sendi lutut (knee effusion) yang mana selepas disedut, beliau merasa lebih lega dan kurang sakit.

(Rujuk gambar) Sebanyak 68 ml “blood-stained serosanguineous fluid” telah berjaya dikeluarkan dari lutut kanan, dan sebanyak 54 ml “straw-coloured clear fluid” telah berjaya dikeluarkan dari lutut kiri.

cecair dikeluarkan dari lutut yang bengkak

Antara penyebab keadaan lutut bengkak sebegini ialah osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Ia perlu dirawat untuk mengelakkan daripada keadaan menjadi lebih teruk.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kamu melalui whatsapp

Jom subscribe channel telegram kami untuk info-info kesihatan terkini

#kliniksabah #masalahbengkaklutut

Promosi pakej pemeriksaan darah dan air kencing (Updated 2021)

Jenis-jenis pakej pemeriksaan darah dan air kencing yang ada di Klinik Sabah, Kota Kinabalu:

Boleh rujuk setiap gambar untuk jenis-jenis ujian yang ada pada setiap pakej untuk bahasa yang lebih mudah difahami.

  1. Pakej Basic (7 jenis ujian)

Pemeriksaan darah dan air kencing (Pakej basic)

2. Pakej Silver (13 jenis ujian)

Pemeriksaan darah dan air kencing (Pakej silver)

3. Pakej Gold (16 jenis ujian)

Pemeriksaan darah dan air kencing (Pakej gold)

4. Pakej Premium (17 jenis ujian)

Pemeriksaan darah dan air kencing (Pakej premium)

Harga pemeriksaan bermula dari RM70, tidak termasuk tag-on tests dan special tests. Oleh itu, jumlah keseluruhan harga bergantung kepada pakej yang dipilih dan jenis-jenis ujian tambahan yang diperlukan.

Boleh hubungi kami melalui whatsapp untuk pertanyaan selanjutnya. Jom buat pemeriksaan kesihatan di Klinik Sabah!

Apa itu jangkitan saluran kencing (Urinary tract infection)?

Jangkitan saluran kencing (UTI) didefinisikan sebagai jangkitan oleh mikroorganisma (kuman) pada mana-mana bahagian pada sistem saluran kencing sama ada pada ginjal, ureter, pundi kencing atau uretra.

Terdapat 2 bahagian sistem saluran kencing iaitu:

1. Saluran bahagian atas – Terdiri daripada ginjal (buah pinggang) dan ureter

2. Saluran bahagian bawah – Terdiri daripada pundi kencing dan uretra (tiub yang menyambungkan pundi kencing dengan bahagian luar tubuh badan)

Jangkitan saluran kencing

UTI yang paling biasa berlaku ialah jangkitan pada saluran bahagian bawah iaitu pundi kencing (juga dikenali sebagai cytitis). Dan perempuan lebih terdedah kepada masalah UTI berbanding lelaki. Ini kerana uretra wanita adalah lebih pendek berbanding lelaki.

Meskipun begitu, lelaki juga tidak lepas daripada mendapat masalah ini.

 

Bahaya hamil luar rahim : Risiko dan gejala

Macamana kehamilan luar rahim terjadi?

Kehamilan luar rahim ataupun kehamilan ektopik ini sebenarnya berlaku apabila sel telur yang telah disenyawakan menempel di luar dinding rahim (dimana kebiasannya berlaku pada bahagian tiub fallopion anda).

hamil luar rahim

Biasanya, telur yang sudah disenyawakan mengambil masa 5 hingga 6 hari untuk bergerak dari ovari ke rahim. Namun jika tiub anda mengalami kerosakkan dan menyebabkan ia menyempit atau tersumbat, telur tersebut tidak akan dapat sampai ke destinasi yang sepatutnya (rahim) dan terhenti di situ sahaja. Maka, disini lah terjadinya kandungan luar rahim.

Oleh kerana kawasan tiub tersebut tidak diciptakan untuk menampung tumbesaran janin, rawatan segera perlu dilakukan supaya tidak membahayakan nyawa si ibu.

Siapakah yang lebih berisiko untuk mengalami kehamilan ektopik ini?

Kehamilan ektopik boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tapi ada golongan yang dikatakan lebih berisiko tinggi seperti:

  • Mereka yang ada jangkitan atau pembengkakan akibat luka di bahagian tiub fallopian sehingga ia menghalang embrio (telur yang disenyawakan) itu tidak sampai ke rahim. Ia akan terhenti di kawasan yang bengkak dan mula membesar pada bahagian tersebut.
  • Pernah melakukan pembedahan di bahagian pelvis atau tiub fallopian
  • Si ibu mengalami tumbesaran yang tidak normal ketika lahir hingga membuatkan bentuk tiub fallopian tidak sempurna.
  • Si Ibu menderita penyakit pembengkakan pelvis atau jangkitan di bahagian alat sulit.
  • Pernah mengalami kehamilan luar rahim sebelum ini. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
  • Menggunakan ubat kesuburan
  • Pernah menjalani rawatan kesuburan IVF (in vitro fertilization)
  • Mengandung ketika menggunakan IUD. Atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamila di luar rahim yang sedikit tinggi
  • Si ibu merokok
  • Hamil di usia 35-40 tahun
Apakah pula gejala-gejala kehamilan ektopik ini?

Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah.

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:

  • Haid lewat
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Faraj mengeluarkan darah atau cairan warna coklat. Banyak wanita akan mengadu mereka “hamil tapi haid banyak” dan perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam proses kehamilan normal.
  • Sakit di bahagian hujung bahu
  • Rasa sakit ketika buang air kecil atau air besar
  • Sakit kepala, lemas dan pitam
  • Mual dan muntah. Disertai rasa sakit
  • Perut terasa senak

Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor kerana kehamilan luar rahim ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa.

Bagi wanita yang disahkan mengandung luar rahim doktor akan mengeluarkan kandungan ektopik itu menerusi pembedahan secara laparoskopi atau laparotomi.

Jadi adakah masih berpeluang untuk mengandung secara normal jika pernah hamil luar rahim?

Jawapannya ialah, YA. Boleh mengandung secara normal selepas pembedahan namun ianya bergantung kepada kondisi pesakit tersebut. Jika tidak mengalami kekurangan darah dan pulih daripada pembedahan, anda boleh hamil semula. Dinasihatkan agar melakukan imbasan awal pada kandungan seterusnya supaya kehamilan ektopik boleh dikesan awal.

 

5 cara elakkan anak anda terdedah kepada asap rokok

Anda boleh praktikkan 5 cara untuk elakkan anak-anak anda terdedah kepada asap rokok thirdhand:

1) Jangan merokok di dalam rumah/kereta yang mempunyai kanak-kanak
2) Jangan pegang kanak-kanak tanpa membasuh tangan selepas menghisap rokok
3) Jangan dukung kanak-kanak selepas menghisap rokok. Mendukung kanak-kanak hanya boleh dilakukan selepas mandi dan menukar baju selepas menghisap rokok
4) Jangan merokok dihadapan kanak-kanak. Perkara ini bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kepad bahaya asap rokok malah mendedahkan kanak-kanak kepada tingkahlaku yang tidak sihat
5) Jangan meneruskan tingkahlaku merokok jika kanak-kanak kerap sakit. BERHENTI MEROKOK

cara elakkan asap rokok thirdhand

Jalankan tanggungjawab anda sebagai ibubapa untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menjamin keselesaaan dan kesihatan anak-anak anda😊

9 Jenis aktiviti : Risiko tinggi terdedah kepada jangkitan C0VID-19

Kemungkinan anda untuk terdedah kepada jangkitan C0VID-19 sangat tinggi jika anda terlibat dengan 9 aktiviti yang telah disenaraikan.

Dengan kelonggaran yang diberi dalam tempoh fasa pemulihan (PKPP) ini, kita boleh melihat sendiri bahawa kebanyakkan tempat sudah beroperasi dan orang ramai mula keluar menjalankan aktiviti masing-masing seperti membeli-belah dan beriadah. Namun begitu, kita perlu mengambil langkah berhati-hati supaya tidak leka kerana risiko anda untuk terdedah kepada jangkitan Covid-19 masih ada.

Jadi, adalah lebih bagus untuk anda tahu tahap risiko berdasarkan aktiviti yang anda lakukan. Tahap risiko ini bergantung kepada 4 FAKTOR:
Indeks risiko c0vid-19
Sumber : Facebook page Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
  • Keadaan sesuatu kawasan (tertutup atau terbuka)
  • Masa interaksi antara satu sama lain (bersembang secara dekat)
  • Kadar kesesakan orang ramai dalam sesuatu kawasan
  • Pernafasan yang kuat (menjerit, menyanyi, bersin dan batuk)

Dalam gambar rajah tersebut, anda boleh tahu sama ada aktiviti yang anda lakukan itu mempunyai risiko yang tinggi ataupun rendah.

Antara 9 aktiviti yang berisiko tinggi untuk dijalankan termasuklah:
  1. Menghadiri konsert
  2. Pergi ke bar/kelab malam
  3. Bermain permainan sukan yang melibatkan sentuhan (bola keranjang, bola sepak)
  4. Menaiki pengangkutan awam seperti bas
  5. Menghadiri perhimpunan keagamaan
  6. Menonton aktiviti sukan beramai-ramai (stadium)
  7. Mengadakan parti tertutup
  8. Menaiki pengangkutan udara
  9. Menonton wayang

Kita masih belum menang. Jika anda terpaksa melakukan aktiviti luar yang melibatkan risiko tinggi. Jangan lalai atau terlalu selesa dalam usaha memutuskan rantai COVID-19. Terus waspada, ambil langkah pencegahan dan patuhi SOP.

 

GERD: Sebab, simptom dan cara mengatasi

GERD ialah Gastroesophageal reflux disease yang mana ia disebabkan oleh asid dari dalam perut mengalir semula ke dalam esofagus disebabkan oleh pencerut esofagus bawah (lower esophageal sfincter) tidak berfungsi dengan baik.

Simptom-simptom GERD:
  • Heartburn/rasa pedih di ulu hati-selalunya berlaku selepas makan
  • Sakit dada
  • Rasa macam ada makanan naik
  • Rasa susah nak telan

Kalau katakan tahap GERD anda teruk, kadang-kadang anda akan mengalami batuk yang teruk terutamanya pada waktu malam, kadang sakit tekak yang berpanjangan. Kalau katakan anda ada penyakit asma, GERD akan membuatkan asma lebih teruk disebabkan gas yang naik. Jika gas asid masuk ke dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan keradangan. Selain itu, anda akan mengalami masalah susah untuk tidur pada waktu malam.

Sebab kenapa berlakunya GERD?
  • Obesiti
  • Hiatus hernia
  • Mengandung
  • Menghidap masalah “connective tissue disease”
  • Merokok
  • Makan terlampau banyak pada waktu malam
  • Mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan GERD seperti aspirin
8 jenis makanan yang menyebabkan GERD:

Antara sebab lain kenapa anda mengalami penyakit GERD adalah pengambilan jenis makanan yang mencetuskan penyakit ini.

makanan pencetus gerd

Tips untuk mengatasi GERD:
  • Apa yang anda boleh buat jika tidak dapat tidur pada waktu malam ialah, tinggikan sedikit bantal anda supaya kedudukan kepala lebih tinggi daripada perut untuk menghalang gas asid naik
  • Jangan makan terlampau lewat
  • Makan secara ala kadar (tidak terlalu kenyang)
  • Elakkan mengambil jenis-jenis makanan yang menyebabkan GERD (rujuk gambar di atas)
  • Berhenti merokok

Jika anda mengalami simptom-simptom GERD, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor dimana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat supaya anda mendapat rawatan awal selain mengamalkan tips-tips yang diberi.